Thursday, 17 July 2014

[TERKINI] Pesawat MAS Terhempas Dipercayai Ditembak Di Ukraine

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.

Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.

"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.

Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.

"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.

MAS melalui Twitternya mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.



JANA PENDAPATAN SEHINGGA RM1000 SEHARI DENGAN PRODUK CMD BY REVELL.LAYARI http://richvell.blogspot.com UNTUK INFO LANJUT

Friday, 4 July 2014

[TERKINI] Sharifah Aini Meninggal Dunia




Kuala Lumpur: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini.

Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini.

Isnin lalu, Sharifah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengadu sukar bernafas.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.

Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.

Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Pernah menghasilkan hampir 100 album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.

Sumbangan besarnya terhadap industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003.
Hasil perkahwinannya dengan Ali Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki . Perkahwinan mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun 1992.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.

sumber:harian metro online

IKLAN: Jana pendapatan sehingga RM1000 sehari dengan bisnes CMD Richvell.Info lanjut di http://richvell.blogspot.com

Wednesday, 25 June 2014

[HOT] Menyesal Saya Tak Keluarkan Duit Tu Awal-Awal !


MENYESAL SAYA TAK KELUARKAN DUIT TU AWAL-AWAL!!!

Ya, memang rugi sangat saya tak keluarkan RM138 tu awal-awal.....Bukannya saya takde duit,duit tu ade...setakat RM138 tu saya ade sangat, boleh je saya keluarkan...Tapi.....saya buat tak tahu je masa tu....Saya anggap semua tu tu main-main jer....Argghhh...

Kenapalah saya tak keluarkan RM138 tu?? Waktu kawan saya mula-mula ajak keluarkan RM138 tu, saya buat main-main jer....Saya anggap dia macam main-main jer...Saya buat tak serius je waktu tu...




Tapi sekarang....Mula lah saya rasa rugi sangat....Macam menyesal la pulak....Apalah sangat kalau saya keluarkan RM138 tu dan join dia...

Isshh....ruginya rasa....Sekarang ni hari-hari tengok kawan tu dapat bonus....setiap hari dapat duit...setiap hari dapat income...uisshhh...dengki pulak rasanya....huhuh

Dengan RM138 tu lah kawan saya tu dapat bonus setiap hari....Dengan RM138 tu lah duit masuk setiap hari dalam akaun dia....Punya lah best!









Lepas tengok dia dapat duit masyukkk je setiap hari,aku dah taknak menoleh lagi...Aku pun nak jadi macam dia...Aku pun ada RM138 macam dia.Aku pun nak dapat income banyak macam dia....Dia jual produk yang bagus...Ramai orang guna, Alhamdulillah dengan izin Allah boleh sembuh penyakit-penyakit diaorang...Gout, kencing manis, darah tinggi semua boleh kurang....Tenaga bertambah,stamina meningkat...Syukurrrrrr....






Kalau korang nak pun nak,jom lah ikut aku.....Kita join sama-sama,kita buat sama-sama... Jom kita tengok di sini :

                                      SAYA ADA DUIT UNTUK BUAT LEBIH BANYAK DUIT


Alhamdulillah....dengan pelaburan RM138, aku dapat produk yang bagus....dapat bantu ramai orang...dapat bonus dan income setiap hari.....





















***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.bisnesonlineanda.com***

Wednesday, 28 May 2014

[TERKINI] Sultan Perak Mangkat

IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.


Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.

*Dapatkan Rahsia Jana Duit Melalui Kaedah Affiliate Di SINI*

Thursday, 22 May 2014

[LAWAK] Panda Malaysia Yang Terlajak Laris!

Ini adalah antara parodi rakyat Malaysia tentang ketibaan panda pinjam dari China..Terlajak Laris!






***Dapatkan Panduan Rahsia Buat Duit Cara Affiliate di SINI

Tuesday, 20 May 2014

[TERKINI] AL-FATIHAH:Tunku Bendahara Kedah Mangkat



Al-Fatihah - Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah telah mangkat


Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Annuar Alhaj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah mangkat pada jam 12.20 pagi di Ipoh.


Sembah Takziah

Sumber - facebook


Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah



oleh Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Bismillah Hirrahmanirrohim
Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi, hari Rabu, 21 haribulan Mei 2014 Masihi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar selepas solat Asar pada hari ini, Rabu, 21 Mei 2014 Masehi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Bendera Negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan pada separuh tiang selama tiga hari mulai 21 Mei 2014. Tempoh perkabungan adalah selama tiga hari mulai 21 Mei 2014 sehingga 23 Mei 2014. Sepanjang tempoh tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini, Rabu, 21 Mei 2014, diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga roh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solihin.

DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR,
Menteri Besar Kedah Darul Aman
Tarikh : 21 Mei 2014

***Dapatkan RAHSIA BUAT DUIT ONLINE secara Mudah di http://rahsiaaffiliate.bisnesonlineanda.com

[GEMPAR] Astro Tayang Tweet Lucah Dalam Oh My English?



Ini merupakan gambar yang menunjukkan tweet berbaur lucah yang tersiar sewaktu rancangan Oh My English yang diulang siar oleh Astro.

Pihak Astro menjelaskan bahawa kemungkinan akaun twitter milik mereka telah digodam dan individu yang berbuat demikian ingin mencemarkan reputasi Astro.

Astro telah meminta maaf atas kejadian ini.

* Dapatkan RAHSIA MENJANA INCOME MUDAH DI FB yang sangat mudah dan berkesan di http://rahsiaaffiliate.bisnesonlineanda.com*

Saturday, 17 May 2014

[GEMPAR] Wanita Solat Atas Jejantas Lebuhraya Di KL

Kuala Lumpur: Wanita yang ditemui di atas jejantas berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menunaikan solat dan membaca al-Quran memberi alasan berbuat demikian selepas mendapat alamat melalui mimpi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata kejadian selepas pihaknya menerima maklumat dari orang awam, pada 1.30 petang Sabtu.


"Anggota polis yang melakukan penugasan am bergegas ke lokasi kejadian kerana bimbang wanita itu akan dilanggar kenderaan sebelum membawanya ke Balai Polis Tun HS Lee.

"Dia kemudiannya dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi.


Katanya, wanita itu dikenali sebagai Anita Shiar, 27, warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya malah maklumat juga diberikan secara lisan.


Difahamkan, gambar wanita itu menjadi viral di laman sosial lewat petang tadi sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Dipetik daripada: Harian Metro

Tuesday, 13 May 2014

Krisis Politik Terengganu : Sebuah Kronologi

Berikut kronologi krisis politik Terengganu:

12 Mei

- 6.30 petang : Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno Terengganu.

- 8.30 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei.

- 9.30 malam : Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, 49, mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu ke-14 di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

13 Mei

- 1 pagi : ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib umum keluar Umno dan isytihar sebagai wakil rakyat Bebas.

- 8.30 pagi : ADUN Bukit Besi Roslee Daud umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

- 9.30 pagi : Kedudukan kerusi DUN Terengganu (32 kerusi) selepas Ahmad, Ghazali dan Roslee umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas - BN (14), PAS (14), PKR (1), Bebas (3).

- Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Azhar Abdul Hamid berkata dengan kedudukan kerusi pembangkang 15, BN 15 termasuk satu kerusi Speaker DUN Terengganu, Bebas 3, BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu setakat ini kerana merujuk kepada kerajaan mana yang memerintah selepas PRU13.

- 11.20 pagi : ADUN Kemasik Rosli Othman nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat bebas.

- 12.30 tengah hari : ADUN Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas.

- 12.30 tengah hari : Ketua Polis Daerah Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata keadaan keselamatan di Terengganu terkawal dan orang ramai masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

- SUMBER:Bernama

*Dapatkan RAHSIA BUAT DUIT Melalui Bisnes Affiliate Online Di http://rahsiaaffiliate.bisnesonlineanda.com*

[INFO] Senarai Orang Terkaya Di Malaysia



Anda Juga Ingin Menjadi Kaya?

Dapatkan Rahsia Buat Duit Melalui Bisnes Affiliate Online Di Sini:

http://rahsiaaffiliate.bisnesonlineanda.com

Gambar-Gambar Isu Mat Said Keluar UMNO











Monday, 12 May 2014

[TERKINI] ADUN Bukit Besi Pula Umum Keluar UMNO






Seorang lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno keluar parti di Terengganu hari ini, dipercayai ekoran tidak puas hati dengan pertukaran menteri besar negeri semalam.
 
Hari ini,  ADUN Bukit Besi Roslee Daud pula dilapor mengekori jejak langkah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dan  ADUN Ajil Ghazali Taib.

Seperti dua pendahulunya, Roslee juga memilih menjadi calon bebas.
 
Langkah terbaru itu menyebabkan BN kini hilang penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selepas bertahan hanya dengan kelebihan dua kerusi selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.
 
BN sebelum ini mempunyai 17 wakil dalam DUN berbanding Pakatan Rakyat dengan 15 anggota.

Selepas hilang tiga kerusi, BN kini hanya mempunyai 14 kerusi dalam DUN.
 
Jika tiga bekas ADUN Umno itu memilih menyokong Pakatan, kerajaan negeri akan jatuh ke tangan Pakatan, situasi yang hampir sama dengan krisis yang berlaku di Perak sebelum ini apabila BN merampas negeri itu.
 
Ahmad semalam berkata, lebih ramai lagi ADUN negeri itu akan mengikuti langkahnya, walaupun tidak menyatakan bilangan tepat.
 



***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di SINI***

[TERKINI] Punca Sebenar Mat Said Keluar UMNO



Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungi Malaysiakini awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.


Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:

"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.

"Insya-Allah ada lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.




***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di SINI***

[PANAS] Bekas MB Terengganu Keluar UMNO Selepas Dilucutkan Jawatan MB??


Berita yang baru diterima di laman sosial ini agak mengejutkan dan di luar jangkaan. Benarkah desas desus mengatakan bahawa bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang telah ditukarkan dengan MB baru telah bertindak keluar daripada UMNO dan menjadi ahli Bebas bagi DUN Kijal?

Berikut petikan daripada laman Facebook Astro Awani yang dicatatkan pada jam 12.30 tengah malam 13 Mei 2014.



Status Facebook tersebut telah mendapat lebih kurang 2,212 likes dan respon yang pelbagai daripada orang ramai. Ada antaranya yang mengecam tindakan tersebut dan tidak kurang juga yang memberikan sokongan padu. Antara komen-komen yang terima di laman Facebook tersebut :


  Jika benar seperti yang dinyatakan, keadaan ini bakal membawakan satu senario politik yang baru di Terengganu kerana sekarang kedudukan kerusi DUN di Terengganu sangat sengit dan situasi terbaru ini bakal merubah senario politik negeri Terengganu.

Mungkinkah berlakunya perubahan pentadbiran di Terengganu? Wallahua'lam.

***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di SINI***

[TERKINI] SAH Menteri Besar Terengganu Letak Jawatan




KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno negeri di sini hari ini.
   
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan siapa bakal menteri besar baharu Terengganu untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, 57.
   
"Saya datang jumpa Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...seperti dimaklumkan ada pertukaran (Menteri Beasr), saya maklum balas dan mereka terima dan tiada masalah, memang betul ada pertukaran.
   
"Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baharu) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak Istana," katanya kepada kepada pemberita selepas selesai perjumpaan itu.
   
Katanya pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada Umno di Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti. - Bernama

***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di SINI***

[LAWAK] Jenis-Jenis Manusia Di Facebook






***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.bisnesonlineanda.com***

[LAWAK] Adegan Bola Sepak Yang Buat Anda Pecah Perut





***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.bisnesonlineanda.com***

Sunday, 11 May 2014

[ISU SEMASA] Dihukum 8 Ribu Sebatan Dan Penjara 39 Tahun

Riyadh: Lima lelaki tempatan dijatuhi hukuman 39 tahun penjara dan dikenakan 8,000 sebatan oleh Mahkamah Arab Saudi selepas ditangkap bersama beberapa botol minuman keras dan enam wanita di sebuah parti dipercayai sambutan Valentine, lapor akhbar semalam.

Mahkamah menghukum defendan pertama sehingga lima tahun penjara dan memerintahkan dia disebat 1,000 kali di dalam 10 peringkat. Defendan kedua dan ketiga masing-masing tujuh tahun penjara dengan 1,500 sebatan dalam 15 peringkat.

*Gambar Hiasan*


Sementara itu defendan keempat dan kelima masing-masing dipenjarakan selama 10 tahun dan akan menerima 2,000 sebatan yang akan dilakukan sebanyak 20 fasa setiap seorang.

Akhbar itu berkata lima lelaki terbabit akan disebat di khalayak ramai di pusat bandar dan semua mereka dilarang daripada melancong ke luar negara selama lima tahun selepas tamat hukuman.
Sementara itu Polis Kuwait menahan 32 lelaki di sebuah parti intim di Emiriah dekat Teluk dan polis berkata kebanyakan mereka adalah rakyat Kuwait dan badwi (tanpa pengenalan diri).

Polis menyerbu tempat itu selepas menerima maklumat dan semua yang terbabit kerana menganjurkan pesta, konsert haram dan memakai pakaian wanita.

Akhbar harian bahasa Arab Al-Anba berkata mereka yang ditahan termasuk warga bukan Kuwait Arab yang akan segera dihantar pulang. - AGENSI

***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.bisnesonlineanda.com***

Mesti Baca! Bahaya Memakai Tuala Wanita




Tuala wanita atau pad bersifat sebagai bahan penyerap yang digunakan oleh wanita apabila datang haid, darah nifas, selepas keguguran atau menjalani pembedahan anggota peranakan untuk menyerap darah yang keluar dari faraj.

Kebanyakan tuala wanita yang biasa diguna pakai adalah tuala pakai-buang dan diperbuat daripada kapas serta rayon. Bahan yang ada di tengah-tengah tuala jenis ini mempunyai daya serapan yang kuat dan akan bertindak menjadi gel apabila ia menyerap cecair. Ramai tidak menyedari bahawa bahan berwarna putih itu mengandungi banyak bahan kimia semasa ianya diproses dan juga penyebab kenapa ada sesetengah wanita terpaksa menghadapi masalah alahan dan keradangan pada bahagian vulva serta faraj.

***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.bisnesonlineanda.com***

Berikut disenaraikan beberapa kesan sampingan yang mungkin terjadi akibat pemakaian tuala wanita

1. Alahan kepada bahan kimia yang ada pada tuala wanita boleh terjadi tanpa mengira tempoh pemakaian sama ada jangka masa pendek atau lama. Ia digelar `irritant contact dermatitis’ atau keradangan pada kulit. Simptom utama adalah gatal, rasa panas terbakar dan bengkak pada alat kelamin. Tanda seperti ruam yang kadangkala berair, kulit merah dan melecet dan lelehan faraj berlebihan juga kesan alahan.

2. Radang pada alat kelamin iaitu sekitar vulva akibat sensitiviti terhadap bahan terkandung pada tuala wanita dipanggil `vulvitis’. Tandanya adalah rasa tidak selesa, panas pada kulit luar dan mungkin kegatalan. Radang boleh terjadi jika pemakai memakai tuala wanita dalam jangka masa lama.

3. Melecet pada kulit luar alat kelamin akibat geseran antara tuala dan kulit semasa berjalan atau bergerak. Situasi ini mudah berlaku sekiranya anda tergolong dalam kategori kulit kering. Tanda yang timbul ialah rasa sakit atau tidak selesa dan pedih apabila terkena air.

4. Jangkitan kuman di vulva dan vagina yang serius. Jangkitan virus ini juga boleh menyebabkan kanser rahim!



P/S : Memakai tuala wanita terlalu lama menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan banyak di atas tuala wanita seterusnya mengakibatkan jangkitan pada vulva dan vagina. Sekiranya berpanjangan, jangkitan kulat mungkin terjadi. Kesimpulannya, kaum wanita diluar sana dinasihatkan supaya menitikberatkan kesihatan dan kebersihan sistem repoduktif masing-masing. Tuala wanita harus ditukar secara kerap terutama jika ianya sudah dipenuhni dengan darah kotor yang keluar. Sekurang-kurangnya tukar setiap tiga atau empat jam sekali.


***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.bisnesonlineanda.com***

[WOW] Gambar Lukisan Yang Nampak Macam REAL!





















   ***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-  betul berkesan? Jom singgah di www.bisnesonlineanda.com***



















***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.bisnesonlineanda.com***

Friday, 9 May 2014

[GEMPAR] Sultan Titahkan Najib Razak LETAK JAWATAN!





Baru tiga empat hari lepas gempar apabila tersebar di laman-laman sosial tentang Sultan menitahkan supaya Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya.

Habislah kalau Sultan dah titahkan macam tu.....Persoalannya...Sultan dari mana??

Jom tengok surat titah Sultan tersebut....




***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.bisnesonlineanda.com***

[GEMPAR] 'Kemalangan' Bas Paling Luar Biasa Di Sabah





Nak tergelak pun ada, kesian pun ada. Namun nak buat macam mana dah benda nak terjadi. Benda ni bukan boleh main-main kalau memang dah terkena kan. Ini berkaitan dengan perkongsian seorang penumpang bas ekspres menerusi akaun Facebooknya.

Johan A. Delvo yang menaiki bas ekspres berkongsi pengalamannya dan para penumpang bas tersebut yang terpaksa berhenti di Pekan Ranau, Sabah kerana salah seorang daripada mereka ‘terbuang’ air besar dalam perjalanan. Ia sekaligus mencetuskan bau busuk sehingga semua mereka keluar daripada bas tersebut kerana tidak tahan dengan bau berkenaan selain untuk mendapatkan udara segar.




***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.bisnesonlineanda.com***

[HOT] Enot Menderita Kanser Usus??





Pelakon komedi Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah mendedahkan yang dia kini sedang menderita sakit kanser usus tahap dua. Menurut sebuah laman portal hiburan, pelakon yang mula dikenali dengan drama Enot, Mat Despatch dan Odah Drebar ini dikatakan kelihatan kurang sihat di Sidang Media Mega Bazar, KL Life Centre pada Rabu lepas.

Enot kemudiannya mula membuka suara kepada media tentang penyakit yang dihidapinya.

“Pada mulanya memang saya ada rasa sakit tetapi saya biarkan saja hinggalah berlaku pendarahan ketika buang air besar. Kemudian saya ada berjumpa doktor dan disahkan mengidap kanser usus.

“Buat masa sekarang, saya masih mendapatkan nasihat doktor tetapi saya mengamalkan ubat-ubatan kampung seperti daun Belalai Gajah selain itu saya ada makan produk jenama ABP26 daripada Didie Alias”
 katanya.

Enot turut mengakui yang dia tidak menerima tawaran berlakon semenjak setahun yang lalu dan kini hanya bergantung kepada jualan biskut yang dibuat.




***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.bisnesonlineanda.com***

Monday, 5 May 2014

Aziz Sattar Meninggal Dunia





Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital KPJ Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. 

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.


Al-Fatihah buat lagenda perfileman negara



***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom terjah di SINI***http://