Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Tuesday, 30 July 2013

[LAWAK] Papan Tanda Yang Kelakar Giler!!!




























Tuesday, 2 July 2013

PANAS!!! Cerita Malam Pertama





Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

TAMAT

Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee

Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Malam Pertama

Tuesday, 8 January 2013

Adegan yang TAK MAHU kita hadapi dalam lif!


Saturday, 27 October 2012

HANYA ADA DI MALAYSIA SAJE!!!

Video yang dipaparkan ini adalah antara video yang terbaik di hasilkan oleh anak2 Malaysia...yang menceritakan tentang negara kita Malaysia.....Uniknya Malaysia,hanya terdapat dalam video ini....Selamat menonton! =)




Sunday, 24 June 2012

[SERIUS] Sampai bila nak GEMUK???




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda mempunyai MASALAH BERAT BADAN BERLEBIHAN?  

Selalu diejek dan merasa rendah diri sebab anda GEMUK?  

Berisiko mendapat penyakit kronik akibat OBESITI?  


Kini saya ingin mengajak anda untuk BERUBAH MENJADI KURUS.....Dengan produk SD2,produk pelangsingan badan yang paling berkesan di pasaran!

- Berkesan mengurangkan berat badan 
2kg - 5kg dalam masa SEMINGGU!

- Anda 
TIDAK PERLU BERLAPAR!

- Boleh makan seperti biasa sahaja (sarapan,lunch,dinner) TANPA PERLU menahan lapar

- Hasil yang memberangsangkan!







JIKA BERMINAT / SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI: 016-9895395 (Man) SMS/Call
                                  rrevmon@gmail.com


Tuesday, 22 November 2011

VIDEO KUNGFU YANG PALING LAWAK DI MALAYSIA!!!

Sunday, 6 November 2011

[SERAM MISTERI] KISAH JALAN BENTONG-K.L


Cerita ni berlaku kira-kira sebulan lepas berhampiran Karak. Suatu malam, seorang lelaki memandu kereta dari KL menuju Kuantan dan dia membuat keputusan untuk tidak melalui LPT kerana mahu menikmati pemandangan sepanjang jalan lama.

Malang menimpa, keretanya tiba-tiba rosak dan dia terperangkap di sebuah jalan sunyi. Di kiri kanannya hutan. Hujan turun dengan lebat dan hari bertambah gelap. Masa berlalu, namun masih tiada sebuah kereta pun yang lalu.

Dia membuat keputusan untuk berjalan kaki ke pekan paling hampir.

Akhirnya setelah lama berjalan kaki, dia melihat sebuah kereta menghala ke arahnya. Kereta tersebut bergerak perlahan dan akhirnya sampai di sisinya. Tanpa berfikir panjang dia terus membuka pintu dan duduk di seat belakang. Gembira kerana diselamatkan dari kesejukan dan kepekatan malam. Dia pun mahu mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menyelamatkannya.. membongkokkan badannya ke hadapan.

Alangkah terkejutnya lelaki tersebut kerana kerana kereta tersebut tiada pemandu!!!!

Walaupun kereta tersebut tiada pemandu, tanpa kedengaran bunyi enjin namun ianya masih lagi bergerak perlahan. Dari cahaya lampu kereta itu, lelaki tersebut melihat satu selekoh tajam di hadapan. . Dia yang menggigil ketakutan tak henti-henti memanjatkan doa kepada tuhan.  Ya Allah, ampunilah diriku dan selamatkanlah diriku dari jatuh ke dalam gaung di hadapan!!!



Ketika dia masih lagi dalam ketakutan dan terkejut, kereta tersebut tiba di selekoh dan tidak semena-mena muncullah satu tangan dari tingkap kereta dan memulas stering kereta tersebut.  Maka bertambahlah ketakutan di dalam dirinya. Dirasakan dirinya hampir lumpuh dan lemah longlai kerana ketakutan yang amat sangat.

Di kejauhan dia ternampak cahaya lampu dari pekan di hadapan. Dengan saki baki kekuatan yang ada dalam dirinya, dia menggagahkan dirinya melompat keluar dari kereta tersebut dan berlari sekuat hati ke pekan itu.

Akhirnya dia berhenti di sebuah kopitiam dan memesan minuman. Setelah melepaskan lelahnya, dia mula bercerita mengenai pengalamannya tadi kepada beberapa orang yang ada di kopitiam tersebut.

Keadaan di dalam kopitiam tersebut sunyi dan sepi mendengarkan cerita lelaki tersebut.

Tiba-tiba kopitiam tersebut dimasuki oleh dua orang Nigeria, Joshua dan Nigel. Joshua menundingkan jarinya kepada lelaki tersebut dan berkata…. “Look Nigel - that's the idiot who got into our car when we were pushing it.

*Page anda lambat loading?Video YouTube tersekat-sekat? Baca di sini untuk penyelesaiannya!

*Kereta anda dilanggar di parking shopping mall?Shopping mall taknak tanggung? Ketahui hak anda sebagai pengguna Malaysia!

*Sertai pertandingan ala Survivor dan Amazing Race anjuran minuman Mountain Dew ini! Klik di sini untuk sertainya sekarang!

Wednesday, 2 November 2011

[LAWAK] Kenapa Singapura Tiada Raja

Korang semua tau tak siapa Raja Singapura?Hahaha...mesti pelik kan dengar tentang Raja Singapura...Singapura kan negara republik,mana ada Raja....Diorang ada Presiden jer...Tapi sebenarnya,diorang pernah mempunyai seorang raja....Tapi tu dulu...."dulu mimiey...dulu pernah..." (bak kata dialog Linda Onn dalam filem Gila Bola)..haha...jadi korang nak tau kenapa Singapura tiada Raja?Begini cerita nya.....




Tersebutlah hikayat zaman purbakala,tatkala nama Singapura masih belum seperti hari ini,sebenarnya negara itu ada mempunyai seorang Raja yang bernama Sultan Shahmura Alam Buana.Adapun Sultan Shahmura Alam Buana ni seorang yang suka berhibur...pendek kata dalam zaman internet kita hari ni dia ni seorang yang playboy la...suka berjoli,suka perempuan.....dan yang paling teruk sekali,dia ni suka sangat berbohong....tak kisah la dengan sape sekalipun,membohong jer kerja nya...takde la kerja lain selain dari membohong jer.....Tapi,dia ni sangat lah pemurah dan suka membantu hamba rakyatnya.Sebab tu lah,walaupun perangainya teruk,tapi dia tetap disayangi dan dihormati oleh seluruh rakyatnya.

Sesungguhnya perangai Sultan Shahmura Alam Buana ni telah diketahui lah oleh segenap hamba rakyat dan juga pembesar negara-negara jiran.Tapi mereka ni tak kisah sangat lah.....Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari yang tenang,datanglah utusan dari negara Beringin Tak Berapa Rendang menghantar jemputan ke majlis harijadi Sultan negara mereka.....Maka bergembiralah Sultan Shahnura Alam Buana ni sebab dia tau sangat yang Sultan negara Beringin Tak Berapa Rendang ni ada 3 orang puteri yang cantik jelita....Maka Sultan Shahmura Alam Buana pun setuju lah untuk ke majlis tu dan mulalah berangan-angan untuk mengurat puteri-puteri yang jelita tu....

Maka pada hari yang dijanjikan,datang lah Sultan Shahmura Alam Buana ni ke negara Beringin Tak Berapa Rendang....jemputan majlis tu selama 4 hari..Almaklumlah...birthday sultan....takkan la buat sehari jer kot~~~

Jadi pada hari yang pertama tu,sebelum majlis makan malam utama yang akan berlangsung pada malam terakhir berlangsung,Sultan Shahmura Alam Buana pun dah rancang nak mengurat puteri pertama sultan negara Beringin Tak Berapa Rendang ni...memandangkan puteri-puteri ni tak pernah jumpa dengan Sultan Shahmura Alam Buana,diorang ni tak kenal la macam mana rupanya raja yang playboy ni...Pada sebelah siangnya,Sultan Shahmura telah berjumpa dan berkenalan la dengan puteri pertama...Macam ni la lebih kurang ayat perkenalan diorang ni...

Sultan Shahmura: Wahh..tak sangka ye cantik sungguh Tuan Puteri negara Beringin Tak Berapa Rendang ni!
Puteri Pertama: Siapakah gerangan kamu wahai pacar yang hina?
Sultan Shahmura: Nama hamba Semut Hitam,hamba datang bersama utusan negara Seripura (ecehh..mula la berlakon plak si playboy ni..)

Maka setelah itu pun,puteri ni pun berlalu pergi tanpa mempedulikan Sultan Shahmura.........Tapi Sultan Shahmura Alam Buana yang pakar membohong ni meneruskan taktiknya dan pergi berjumpa lagi 2 orang puteri tu....dengan menggunakan taktik yang sama, dia memperkenalkan diri sebagai Bantal kepada puteri yang kedua dan memperkenalkan diri sebagai Nyamuk kepada puteri yang ketiga......

Jadi pada malam yang pertama,Sultan Shahmura Alam Buana ni telah mencuri masuk ke kamar puteri pertama semasa puteri tengah tidur....Dah nama pun playboy,dia tanpa membuang masa pun mulalah tangan2 nya merayap ke atas badan tuan puteri....Apalagi,menjeritlah si puteri tu...

Puteri Pertama: "Tolong..Tolong...Ayahanda....ada semut hitam merayap atas badan anakanda!"

Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang yang terkejut dengar anaknya menjerit tu dengan slumbernya menjawab dalam mood mengantuk,"Alaaa...pasal semut hitam pun nak kecoh la anakanda ni....sembur Ridsect lari lah semut tu".....

Dalam time kecoh2 tu sempat la Sultan Shahmura Alam Buana ni lari......"Fuhhh....setel sudah untuk puteri pertama",kata Sultan Shahmura Alam Buana dalam hatinya...

Pada malam yang kedua pulak,sultan yang playboy dan kaki kelentong ni pergi pulak ke kamar puteri kedua...Kali ni tanpa membuan masa lagi dia terus je peluk puteri kedua yang sedang best punyer berdengkur...Bukan ape,Sultan Shahmura ni taknak terlepas peluang macam malam yg sebelum ni..hehehe...Maka terjadi lagilah suasana kecoh macam malam semalam....

Puteri Kedua: "Ayahanda....Ayahanda....bantal ni tindih badan anakanda...tolong....tolong..."

Makin benganglah Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang...dah la semalam anak dia kacau dia tidur..malam ni pun kena lagi...so..dia pun jerit la..." Apa masalahnya...dah memang tu tempat dia...sape suruh kamu tidur guna banyak bantal"....pastu Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang pun tidur semula.....

Sultan Shahmura Alam Buana pun apalgi,terus lari....tapi kali ni dia pegi usha kat bilik puteri ketiga pulak...dah melepas puteri no 1 dan 2,dia pun masuk je kamar puteri ke 3 terus diciumnya pipi puteri tu dengan rakusnya....Langsung terjerit puteri ketiga tu....

Puteri Ketiga: "Ayahanda.....ada nyamuk cium pipi anakanda...."
Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang "Alaaaahhhh...tak habis2 la korang ni....dah memang situ tempat dia kan.....tampar je la...larila nyamuk tu"....dengan bengangnya Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang pun sambung tidur dia......

Jadi pada hari yang ketiga tu Sultan Shahmura Alam Buana tu tak pergi mana2 pun..duduk jer dalam bilik sbab dia taknak puteri-puteri tu nampak dia....Jadi pada malam ke-4 tu,pergilah Sultan Shahmura Alam Buana ni ke jamuan makan malam utama sempena birthday Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang .....

Apabila Sultan Shahmura Alam Buana ni masuk je ke dewan utama,menjerit la puteri pertama tu...
Puteri Pertama : "Ayahanda, ni lah semut hitam yang merayap atas badan anakanda tempoh hari"....belum sepat apa-apa lagi,puteri kedua plak berteriak..."Eh...ni lah bantal yang tindih anakanda malam tempoh hari tu"......dan tanpa membuang masa lagi puteri ketiga plak menyampuk....."Ayahanda,ni lah nyamuk yang cium pipi anakanda tu"......

Mendengar kata-kata puteri-puterinya tu,maka Raja negara Beringin Tak Berapa Rendang sangat lah marah dan terus menghukum Sultan Shahmura Alam Buana dengan hukuman pancung sebab dah menganggu puteri baginda.........

SEKIAN~~~~

*Cerita ni hanyalah rekaan semata-mata....Tiada bersifat atau bermaksud apa-apa...Sekadar hiburan dan gurauan sahaja*





Monday, 31 October 2011

Nak Kuruskan Badan Dengan CEPAT???Ini Rahsianya......

Korang ada mengalami masalah BERAT BADAN??berat badan berlebihan?payah nak kurangkan berat?nak kurus dan body cantik?Jadi dalam entri kali ni, aku nak kongsikan tips-tips dan cara kuruskan berat badan dengan cepat,selamat dan efektif....




Korang tak perlu makan pil-pil pelangsing yang merbahaya dan belum tentu berkesan, tak perlu berdiet dan menyeksa diri dan tak perlu menghabiskan duit beratus ringgit beli Jus Mate....heheh...ikut jer cara yang kawan aku telah buktikan berkesan.....begini ceritanya....

Biar aku namakan kawan ku ini sebagai Joe.....Joe ni memang ada masalah berat badan....badan dia memang besar.Berat dia mencecah 135 kg.Bayangkanlah!!Jadi tahun lepas,Joe ni nak melangsungkan perkahwinan....Jadi,atas sebab kesihatan dan of course lah nak nampak lebih 'anggun' dan mantap bodynya sebelum dia naik pelamin, jadi Joe pun mulalah bertekad untuk menguruskan badan.

Jadi sebagai langkah permulaan,Joe ni pergi la mendaftar ke gimnasium..Gimnasium ni memang terkenal dengan trainer2 yang hebat dalam bab2 fitness dan menguruskan badan ni.Jadi,bila Joe ni pergi ke gym ni,dia pun mulalah diperkenalkan dengan 2 pakej untuk menguruskan badan.....iaitu......

A) PAKEJ CEPAT (RM 50:SELAMA 2 JAM)    vs.      B) PAKEJ PANTAS (RM100:SELAMA 1 JAM)

Jadi sebagai permulaan,yelah...si Joe ni baru 1st time menjejakkan kaki ke gym, so dia pun pilih la dulu Pakej A........

Setelah buat pembayaran,Joe pun disuruh masuk ke dalam sebuah bilik....Bilik tu memang panas,ala2 bilik sauna gitu..ecewahh~~...kemudian masuklah seorang trainer wanita yang cun...body memang mantopp la...sexy plak tu....pakai bikini je...Then dia kata pada Joe,

"Kalau abg dapat kejar dan tangkap saya, abg boleh buat apa saja pada saya"....Joe tergamam...dalam hati dia kata...."Wahh...ini peluang baik...".Jadi dia pun bersetuju dengan 'tawaran trainer sexy tu....

Maka bermulalah aksi kejar mengejar antara Joe dan trainer sexy tu...Al-maklumlah...si Joe ni 135 kg,nak kejar si trainer yg slalu training kat gym,badan solid-molid plak tu....confirm tak dapat!Setelah cukup 2 jam tempoh pakej yang Joe ambil tu,ternyata Joe memang tak dapat nak tangkap trainer sexy tu....jadi melepas la si Joe......Lepas terlentang kepenatan,Joe pun pegi la timbang berat badan dia....dan ternyata....dalam masa 2 jam 'berlatih' berlari kejar trainer tu,dia dah turun 2 kilo! Waahhh...ini satu perkembangan menarik...Joe sangat teruja dan berkira-kira nak datang semula esok dan nak try Pakej B plak...

Esok nya,datang lah Joe sekali lagi ke gym tu dan dengan confident nya dia ckp kat kaunter pendaftaran gym tu...

"Dik, arini saya nak try Pakej B pulak...semalam saya try Pakej A dah turun 2 kg..arini nak try Pakej B pulak...mesti turun lagi banyak...",kata si Joe ni teruja....

Jadi Joe pun disuruh untuk masuk ke dalam bilik di sebelah bilik semalam....dan lepas 5 minit menunggu..masuklah seorang trainer lelaki yang gagah perkasa dengan badan berketul-ketul ke dalam bilik tu....dia pun cakap...

"Ok bang,saya trainer abg untuk arini...saya akan kejar abg sampai dapat....abg kena elak dari ditangkap saya...kalau saya dapat tangkap abg,siaplah saya akan buat apa sahaja dengan abg!"

Dengar je kata-kata yg trainer tu ckp...Joe pun terus pitam dan pengsan~~~~~

*Hahaha...jangan marah yer kawan2....gurau2 jer....sekadar hiburan dan gurauan di masa lapang*

Sesiapa yang rajin berblog mungkin berpeluang menang anugerah Nuffnang Asia-Pacific Blog Award...tengok di sini!

Mari kita sebarkan iklan dan dapat ganjaran di sini..Check it Out now!