Monday 12 May 2014

[PANAS] Bekas MB Terengganu Keluar UMNO Selepas Dilucutkan Jawatan MB??


Berita yang baru diterima di laman sosial ini agak mengejutkan dan di luar jangkaan. Benarkah desas desus mengatakan bahawa bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang telah ditukarkan dengan MB baru telah bertindak keluar daripada UMNO dan menjadi ahli Bebas bagi DUN Kijal?

Berikut petikan daripada laman Facebook Astro Awani yang dicatatkan pada jam 12.30 tengah malam 13 Mei 2014.



Status Facebook tersebut telah mendapat lebih kurang 2,212 likes dan respon yang pelbagai daripada orang ramai. Ada antaranya yang mengecam tindakan tersebut dan tidak kurang juga yang memberikan sokongan padu. Antara komen-komen yang terima di laman Facebook tersebut :


  Jika benar seperti yang dinyatakan, keadaan ini bakal membawakan satu senario politik yang baru di Terengganu kerana sekarang kedudukan kerusi DUN di Terengganu sangat sengit dan situasi terbaru ini bakal merubah senario politik negeri Terengganu.

Mungkinkah berlakunya perubahan pentadbiran di Terengganu? Wallahua'lam.

***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di SINI***

0 comments:

Post a Comment