Thursday 24 October 2013

[PANAS!!!] Faizal Ismail [FBI] Letak Jawatan Sebagai Deejay HotFM

SHAH ALAM - Mohd Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, hari ini mengesahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Hot FM.

Perkara ini disahkan di laman mikro Facebooknya.




"Salam semua, terima kasih kepada yang bertanya, maaf saya tidak boleh jawab secara mendalam.

"Cuma ada yang salah faham yang mengatakan saya letak jawatan 24 jam. Saya kata notis berkuatkasa hari ini 24 Oktober, bukan 24 jam. Apapun, semuanya benar dan bukan status hangit seperti anggapan sesetengah anda. Terima kasih," memetik katanya di Facebook.

Sementera itu menurut laporan portal hiburan Gua.com, ekoran tindakan FBI yang mengatakan bahawa beliau telah meletak jawatan, ramai yang tertanya apakah benar dia telah berhenti dari Hot FM?

Menurut laporan tersebut juga, ekoran daripada perkhabaran tersebut pihak  pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad telah menghantar satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini dan mengesahkan tentang peletakan jawatan FBI.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan:-

"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail (FBI) akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013.

Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Bagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013.

FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan.

Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti.

Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang."

Tuesday 8 October 2013

[GEMPAR] HARTA PDRM SEBANYAK RM 1.33 JUTA GHAIB!!


Laporan Audit Negara: PDRM Hilang RM1.33 Juta Aset Termasuk Gari, Pistol Dan Kenderaan | Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset berjumlah RM1.33 juta melibatkan antaranya gari, senjata api dan kenderaan antara tahun 2010 hingga 2012.

Dalam tempoh itu, PDRM kehilangan 156 unit gari, 44 unit senjata api dan 29 unit kenderaan.

Laporan audit itu juga mendapati kelemahan dalam pengurusan kehilangan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga ibu pejabat polis kontinjen yang disemak di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Antara kelemahan itu ialah kelewatan mengesan kehilangan dan seterusnya membuat laporan dan menjalankan siasatan serta kelewatan mengambil tindakan susulan berhubung laporan kes kehilangan.

Ketua jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab perlu membuat laporan polis berhubung kehilangan sesuatu aset dalam masa 24 jam. Bagaimanapun, semakan audit Jabatan Audit Negara mendapati 19 kes dilaporkan antara 2 hingga 241 hari daripada tarikh kehilangan.

Semakan audit itu turut mendapati pegawai yang bertanggungjawab telah lewat menyediakan laporan awal dan dalam sesetengah kes sehingga lebih tiga tahun.

Laporan audit itu juga memberikan dua contoh kes kehilangan senjata api dan peluru pada 23 Mac 1980 dan 12 Disember 2002 di IPK Johor yang laporan awal oleh ketua jabatannya hanya disediakan pada 9 Oktober 2010.

Sementara itu, laporan audit itu juga mendapati tidak ada tempat penyimpanan selamat bagi aset dan ruang penyimpanan terhad atau sempit.

Susulan audit berkenaan, PDRM dalam maklum balasnya kepada Ketua Audit Negara memaklumkan ia akan mewujudkan satu sistem pemantauan yang lebih cekap dan berkesan.

Ia juga akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti kelemahan dan memberi cadangan penambahbaikan proses menyiasat kehilangan aset termasuk tindakan disiplin terhadap mereka yang cuai.

Menurut laporan itu juga, pihak pengurusan PDRM dalam satu mesyuarat pada 16 Mei 2013 telah memutuskan satu prosedur operasi piawai (SOP) disiapkan bagi menggariskan panduan menguruskan kehilangan aset. SOP itu dijangka siap pada akhir tahun ini.

PDRM juga memaklumkan kelewatan proses hapus kira kehilangan aset itu juga berlaku kerana kurang pengetahuan dan kesedaran di kalangan pegawai dan anggota pasukan itu mengenai tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kehilangan aset alih kerajaan.

Untuk itu, ia telah mengambil tindakan menambah pengetahuan dan kesedaran pasukan mengenai tindakan yang perlu dilakukan serta menggariskan sistem kerja yang betul bagi mengelak kejadian berulang.


Sunday 6 October 2013

[SENSASI] RAHSIA KAITAN KEMENANGAN 6-1 KELANTAN DENGAN ANUAR MUSA!






KEMENANGAN ke atas Johor Darul Takzim (JDT) tentunya cukup bermakna buat pasukan The Red Warriors (TRW) dan seluruh rakyat Kelantan.

Kemenangan bergaya dengan berpesta enam gol itu juga merupakan nombor yang cukup signifikan dalam hidup Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Annuar menerusi laman sosial Facebook berkongsi "ketentuan" angka enam dalam hidupnya.

"Kebetulan agaknya...saya anak ke enam...nombor Digi saya berakhir dengan 666666...nombor Maxis saya berakhir dengan 6666...nombor telefon pejabat Pengerusi Mara berakhir dengan 666.

"Saya masuk hospital bilik CCU nombor enam, saya calon Majlis Tertinggi nombor enam, dan malam ini (semalam) TRW mara ke separuh akhir dengan gol jaringan enam gol. Demikian ketentuan ILLAHI," katanya.

TRW malam tadi melepasi ranjau penuh berliku untuk menempah tiket ke saingan separuh akhir Piala Malaysia musim ini setelah menyingkirkan JDT penuh bergaya menerusi agregat 8-5.

Anak buah Bojan Hodak itu membelasah JDT 6-1 pada aksi suku akhir kedua sekali gus memadamkan agregat awal 4-2 dimiliki pelawat.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, angka enam itu juga memberi semangat kepadanya walaupun tidak dapat menyertai himpunan Memperkenalkan Calon bagi Ahli Majlis Tertinggi Umno di Kota Bharu hari ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.

"Hari ini 6 Oktober, semua calon pemilihan Majlis Tertinggi dari seluruh negara berhimpun bagi sesi Memperkenalkan Calon.

"Hari ini terasa segar kerana TRW menjaringkan enam gol malam tadi, sebagai calon MT nombor enam saya turut berkirim salam pada semua yang hadir majlis pagi ini walau tidak bersama dalam majlis.

"Saya turut menawar khidmat berdasarkan 'track rekod' perkhidmatan dan kesetiaan pada perjuangan," tambahnya.

P/S: Ingin tambah pendapatan anda dengan modal serendah RM40 sahaja? Jangan buang masa, klik SINI sekarang! Peluang ini hanya datang sekali sahaja.

Sumber: Sinar Harian

Friday 4 October 2013

[HOT] Adakah Menteri-Menteri di Malaysia Sedar Semua Ni???





SEBAGAI rakyat Malaysia saya pernah menghadapi ;

1. Kereta kena tarik sebab kehabisan minyak

2. Beli minyak RON95 dengan duit syiling

3. Beli susu anak dengan berhutang

4. Tidurkan anak di atas plastik kerana lampin kehabisan

5. Terpaksa makan makanan hampir basi kerana kelaparan.

6. Berjalan kaki ke tempat kerja kerana kenderaan rosak

7. Tidak dapat pulang berhari-raya kerana  kekurangan wang dalam perjalanan

8. Bekalan air kena potong sebab bil tertangguh…

9. Pinjam telepon kawan kerana tiada top-up

Apakah pak-pak menteri sedar?

Semua yang tertera di atas adalah sedikit daripada masalah yang saya hadapi kerana kekurangan sumber kewangan walaupun kerja macam mahu mati, saya kira pelbagai masalah lagi yang serius dihadapi oleh sebahagian rakyat negara ini kerana tekanan hidup disebabkan tidak cukup duit dan kenaikan harga barang.

Setiap kali Laporan Ketua Audit didedahkan, setiapkali itu juga kami sebagai rakyat menangis tetapi sebaliknya pak-pak menteri yang diamanahkan jaga wang negara lain pula hujah mereka… Menteri boleh kata “tiada pembaziran berlaku”…

Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku, apakah pak-pak menteri sedar?

Saya tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan berdoa, berdoa dan berdoa…



Coretan oleh:

Ahmad Nazri Khamis

Batu Pahat. 4 Oktober 2013

Sumber: Sinar Harian

Tuesday 1 October 2013

[GEMPAR] SUSULAN KES KEMATIAN AKIBAT MAKANAN KENDURI

EKSLUSIF! LUAHAN HATI PENGANTIN “KENDURI BERACUN”





“Kami sekeluarga begitu gembira dengan majlis yang diadakan memandangkan saya anak pertama yang melangsungkan perkahwinan.

“Namun, kejadian ini berubah menjadi nasib malang buat kami,” katanya ketika ditemui di Hospital Yan, semalam. Tragedi keracunan makanan di majlis kenduri perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, yang meragut tiga nyawa kelmarin menjadi sejarah hitam buat pengantin baru berkenaan.

Begitulah luahan pengantin baru Hasliyana Yusuf yang berkata dia sedih dengan kejadian dan tidak menyangka majlis raja sehari bertukar menjadi tragedi hitam.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, trauma dan kesal dengan apa yang berlaku pastinya tidak dapat dilupakan.

Menurut bekas pelajar Politeknik Port Dickson itu, keluarganya sendiri turut mengalami keracunan sama.
“Mak, kakak dan adik saya turut mengalami keracunan dan ditahan di wad. Manakala keluarga sebelah suami saya tidak ada yang menerima kesan keracunan itu,” katanya.

Bapa pengantin, Yusuf Ahmad, 55, berkata, masakan yang disediakan kepada tetamu jemputan sempena kenduri itu dimasak oleh kakaknya dengan bantuan saudara-mara lain.

“Juadah yang kami sediakan ialah ayam masak merah, gulai ikan talang, kerabu pucuk paku dan sambal ikan bilis.

“Manakala ayam yang dijadikan juadah ditempah daripada dua pembekal dan satunya membekalkan ayam yang sudah berbau,” katanya.

P/S: Ingin tambah pendapatan anda dengan modal serendah RM40 sahaja? Jangan buang masa, klik SINI sekarang! Peluang ini hanya datang sekali sahaja.

SUMBER DARI ABGTEROR.COM