Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Tuesday, 27 August 2013

[COOL] Cara Buat Perangkap Nyamuk

CARA BUAT PERANGKAP NYAMUK MUDAH DAN SENANG.

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .




P/S: Ingin tambah pendapatan anda dengan modal serendah RM40 sahaja? Jangan buang masa, klik SINI sekarang! Peluang ini hanya datang sekali sahaja.

Saturday, 24 August 2013

[GAMBAR] INI GAMBAR 'HOT' KE ATAU SESUATU YANG 'COOL'?



APA YANG ANDA NAMPAK????

Tuesday, 30 July 2013

[LAWAK] Papan Tanda Yang Kelakar Giler!!!




























[PANAS] Perodua Akan Lancarkan Perodua Jaguh??


Sekarang sedang hangat diperkatakan di media-media elektronik khasnya blog dan laman sosial mengenai model baru kereta sedan yang dikatakan bakal dilancarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Negara (PERODUA). Model sedan yang dikatakan diberi nama Perodua Jaguh itu dilihat sangat mirip kepada model kereta Jepun iaitu Toyota Etios.

Inilah yang dikatakan model sedan Perodua yang akan dilancarkan iaitu Perodua Jaguh.Lihatlah reka bentuknya.Adakah sama dengan Toyota Etios??












TOYOTA ETIOS VS PERODUA JAGUH




Monday, 22 July 2013

Kisah Seorang Budak dan Pohon Epal




Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.

Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.

Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.

Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.


Waktu terus berlalu.

Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.



Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.

Wajahnya nampak sedih.

“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.

“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.

“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”



Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.

Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.



Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.



Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.

“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.

“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.

“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”

“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.

Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.



Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.



Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.

“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.

“Aku sedih” kata anak lelaki itu.

“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”

“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “

Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.

Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.



Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.

“Maaf anakku” kata pohon epal itu.

“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”

“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.

“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.

“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.

“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.

“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.

“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”

“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”



Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.

Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.



Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua

Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.

Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.

Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.



Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.

Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,

Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.



Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.

Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat

Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.

Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta

Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..



Aduhai ayah, ibu… terima kasih engkaulah pelita dalam hatiku..

Ya Allah Ya Ghaffar

Tak kuasa lagi aku merangkai kata ini…

Dan hanya permohonan dari lubuk hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku…

Demi RahmatMu yang mendahului murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku

Duhai Zat yang selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri dihadapanMu.

Aminnnn...

Wednesday, 17 July 2013

Bersyukurlah






Wayne Rooney Akan ke Chelsea??


Chelsea dikhabarkan telah mengemukakan tawaran rasmi bagi mendapatkan penyerang prolifik Manchester United, Wayne Rooney. Pengurus baru Chelsea, Jose Mourinho dalam kenyataannya telah mengesahkan bahawa kelab Stamford Bridge itu telah membuat tawaran rasmi bagi mendapatkan khidmat penyerang 27 tahun tersebut, namun keputusan tentang tawaran tersebut adalah terpulang kepada kelab Manchester United.

Mourinho turut menegaskan bahawa tawaran rasmi tersebut hanya melibatkan sejumlah nilai 10 million pound dan tidak termasuk tawaran pertukaran pemain Chelsea ke Manchester United seperti digembar-gemburkan sebelum ini. Sebelum ini, dua pemain Chelsea iaitu David Luiz dan Juan Mata dikatakan termasuk dalam perjanjian pertukaran pemain bagi mendapatkan Rooney.

Sementara itu di kem United, Rooney dikatakan 'marah dan tersinggung' dengan kenyataan pengurus baru United, David Moyes yang mengatakan Rooney hanya sekadar penyerang sokongan (back-up) kepada Robin Van Persie.

Persoalannya,adakah Rooney akan memakai jersi biru Chelsea? Sama-sama kita nantikan sehingga hari terakhir perpindahan nanti.







Ayuh Kita Berbuat Kebaikan



Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ayuh lah kita semua berbuat kebaikan kerana sesungguhnya kebaikan itu adalah sedekah dan setiap sedekah itu besar ganjarannya di sisi Allah S.W.T. Tak rugi kita berbuat kebaikan kerana setiap kebaikan yang kita buat,pastinya Allah akan gandakannya dan dibalas dengan kebaikan juga,insyaAllah.......Wallahua'lam.





Tuesday, 1 January 2013

10 GAMBAR TERBAIK TAHUN 2012 [PART 1]

1) Matahari terbit pertama 2012 di Gunung Fuji

2) Pemandangan bandar Bern,Switzerland dari atas
3) Kereta beku pada musim sejuk di Geneva,Switzerland


4) Pemandangan dari Majalah Surfer

5) Gambar kapal cruise Costa Concordia dari angkasa lepas

6) Pemandangan di Kauai,Hawaii

7) Outdoor Jakuzi di Matterhorn

8) Salar de Uyuni selepas hujan

9) Sebual kapal menarik 145 buah ski air

10) Gambar terbesar bumi yang pernah dirakam dari angkasa lepas

Sunday, 30 December 2012

Gambar 3D Yang AWESOME!

Boleh pulak ade kereta kat air pancut?


Macam kat zoo la pulak....

Besar nya botol~~~

Jom ikut saya jalan-jalan naik helang...Yeah!


Abang dahaga sangat la.....Sllurrpp..Slurrppp~~Yummy!

Pergghh...Gayatnya..Jangan lah jatuh..Jangan lah jatuh~


Awas Bujang Senang di hadapan!


Ade awek seksi la pulak~~~


Ai Ai Captain!


Macam ni punya jalan masuk...Berani ke nak gi kedai??

Thursday, 26 April 2012

Tempat-Tempat Tercantik Di Dunia

Ini merupakan antara beberapa tempat yang tercantik di dunia...Sememangnya begitu indah dan menarik untuk dilawati...Saksikanlah~

1) The Great Barrier Reef (Terumbu Besar Australia)

Merupakan terumbu karang yang terbesar di dunia dan salah satu keajaiban alam yang terdapat di dunia.Terumbu ini telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia




2) Taj Mahal, India

Tugu cinta yang dibina oleh Maharaja Shah Jehan sebagai momento cinta buat isterinya Mumtaz Mahal ini merupakan salah satu daripada keajaiban dunia. Terletak di Agra, India, Taj Mahal dibina daripada marmar putih sepenuhnya.







3) Air Terjun Iguazu (Sempadan Argentina-Brazil)

Terletak di sempadan Argentina dan Brazil, Air Terjun Iguazu ini disifatkan sebagai air terjun yang tercantik di dunia,mengalahkan Air Terjun Niagara! Pemandangan yang terdapat di sini sungguh mengasyikkan dan mempersonakan sesiapa sahaja.






4) Grand Canyon (U.S.A)

Pemandangan kawasan gurun ini sangat mengasyikkan dan mengujakan buat peminat aktiviti luar.







5) Pergunungan Alps (Switzerland)

Banjaran gunung ini merupakan antara banjaran gunung yang tercantik di dunia. Meliputi 7 buah negara seperti Austria, German, Perancis, Slovenia, Italy, Switzerland dan Liechtenstein, banjaran Gunung Alps menawarkan pemandangan yang mampu memukau sesiapa sahaja.








Yuna buat projek????biar btol~~~~ http://bit.ly/Je8iIh