Sunday 11 May 2014

[ISU SEMASA] Dihukum 8 Ribu Sebatan Dan Penjara 39 Tahun

Riyadh: Lima lelaki tempatan dijatuhi hukuman 39 tahun penjara dan dikenakan 8,000 sebatan oleh Mahkamah Arab Saudi selepas ditangkap bersama beberapa botol minuman keras dan enam wanita di sebuah parti dipercayai sambutan Valentine, lapor akhbar semalam.

Mahkamah menghukum defendan pertama sehingga lima tahun penjara dan memerintahkan dia disebat 1,000 kali di dalam 10 peringkat. Defendan kedua dan ketiga masing-masing tujuh tahun penjara dengan 1,500 sebatan dalam 15 peringkat.

*Gambar Hiasan*


Sementara itu defendan keempat dan kelima masing-masing dipenjarakan selama 10 tahun dan akan menerima 2,000 sebatan yang akan dilakukan sebanyak 20 fasa setiap seorang.

Akhbar itu berkata lima lelaki terbabit akan disebat di khalayak ramai di pusat bandar dan semua mereka dilarang daripada melancong ke luar negara selama lima tahun selepas tamat hukuman.
Sementara itu Polis Kuwait menahan 32 lelaki di sebuah parti intim di Emiriah dekat Teluk dan polis berkata kebanyakan mereka adalah rakyat Kuwait dan badwi (tanpa pengenalan diri).

Polis menyerbu tempat itu selepas menerima maklumat dan semua yang terbabit kerana menganjurkan pesta, konsert haram dan memakai pakaian wanita.

Akhbar harian bahasa Arab Al-Anba berkata mereka yang ditahan termasuk warga bukan Kuwait Arab yang akan segera dihantar pulang. - AGENSI

***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.bisnesonlineanda.com***

0 comments:

Post a Comment