Wednesday 31 July 2013

[TERKINI] Bintang Hoki Negara Chua Boon Huat Maut Kemalangan



1 Ogos 2013- Bintang hoki negara, Chua Boon Huat dilaporkan telah maut dalam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya LDP jam 4.30 pagi tadi. Kenderaan yang dinaikinya dilaporkan telah melanggar sebuah lori yang sedang menyiram pokok bunga di tepi jalan. Mendiang yang sangat dikenali dalam skuad hoki negara dan merupakan pemain paling senior dalam skuad negara sekarang ini telah pergi buat selama-lamanya di kala khidmat dan pengalaman nya masih ditagih skuad negara. Pastinya ini merupakan kehilangan yang sangat besar buat sukan hoki Malaysia.

[SUBHANALLAH] Berkat Sedekah 10 sen!

Ini adalah cerita yang saya ingin kongsikan perihal seorang wanita yang menderma duitnya sebanyak RM 0.10....Sama-sama kita ambil pengajaran



“Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai.

“Satu RM14.90 kak” jawabnya.

“ok lah akak nak beli satu yang ini” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau. Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.



“Ambillah dik akak sedekah sekupang ni”. Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.

Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan.

Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku, “kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan”.

Salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.

“Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya.” Dia memberitahu

“Hmm Bolehlah dik, bungkus dua”, kata ku.

Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.

“Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak”. Terpana aku seketika, Alhamdullillah rezeki bisik hatiku.

Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan ia dibayar tunai. Subhanallah…Alhamdullillah… Nikmat apa yang hendak didustakan lagi?

Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya” (Hadis Riwayat Muslim)

Sedekah ini umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan Lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di Akhirat iaitu;

5 kebaikan di dunia

Menyucikan harta
Menyucikan badan
Menolak bala dan penyakit
Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

Manakala 5 kebaikan di Akhirat pula ialah :

DinaungkanAllah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
Ringan hisabnya
Berat timbangannya (amalan) diakhirat
Mudah melalui titian siratal-mustaqim
Bertambah darjatnya di dalam syurga Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana Sabda Rasulullah SAW :
“Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah. Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang.

Sesungguhnya bersedekah itu indah, ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.

sumber: iluvislam.com


Tuesday 30 July 2013

[LAWAK] Papan Tanda Yang Kelakar Giler!!!




























[SUBHANALLAH] Ketahui RAHSIA Kurma Yang Jarang Kita Ketahui

KURMA ADALAH BUAH YANG PALING BERKHASIAT DI DUNIA


Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

• Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?



• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

• Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?



• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

[PANAS] Perodua Akan Lancarkan Perodua Jaguh??


Sekarang sedang hangat diperkatakan di media-media elektronik khasnya blog dan laman sosial mengenai model baru kereta sedan yang dikatakan bakal dilancarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Negara (PERODUA). Model sedan yang dikatakan diberi nama Perodua Jaguh itu dilihat sangat mirip kepada model kereta Jepun iaitu Toyota Etios.

Inilah yang dikatakan model sedan Perodua yang akan dilancarkan iaitu Perodua Jaguh.Lihatlah reka bentuknya.Adakah sama dengan Toyota Etios??












TOYOTA ETIOS VS PERODUA JAGUH




Monday 22 July 2013

[PANAS] Bonus Raya Kakitangan Awam 2013!!







Hari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya. Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan & menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam.

Berdasarkan sumber yang diperolehi langsung daripada MOF, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja.

Setakat hari ini, nah….inilah dia maklumat & angka bonus Raya 2013 yang Berita Semasa telah berjaya perolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.

Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013

Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :

Kakitangan Awam : RM500
Pesara Kerajaan : RM250

Pengumuman Bonus Raya 2013

Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
Hari : Rabu
Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)

Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak.

Berita Semasa dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat.

P/S : Dan kepada peniaga pula, dengan adanya pengumuman bonus hari raya kelak janganlah ada peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati.

PP/S : Tahniahlah mana-mana daripada anda di sini yang dapat bonus raya 2013 ataupun saguhati raya kali ini. Apa respon balas anda pula?

Sumber: Berita Semasa

Putera William dan Kate Middleton Dikurniakan Bayi Lelaki







LONDON: Putera William dan isterinya, Kate Middleton hari ini dikurniakan bayi lelaki yang bakal menaiki takhta Britain, kata Istana Kensington dalam satu kenyataan.

“Duchess of Cambridge selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 4.24 petang waktu tempatan," kata kenyataan itu.
“Bayi seberat 3.8 kilogram.".

Kate dan bayinya berada dalam keadaan sihat dan akan berada di hospital semalaman.

Putera William turut berada di Hospital St. Mary, di tengah London ketika kelahiran bayinya itu manakala Ratu Elizebeth amat teruja apabila mendapat berita kelahiran bayi pasangan diraja itu. - AFP

Sedekah Bulan Puasa Padam Azab Kubur

Amalan pada bulan Ramadan yang mungkin sebahagian kita terlepas pandang ialah amalan memberi sedekah juadah berbuka kepada jiran tetangga. Suatu ketika dulu amalan ini sentiasa diberikan perhatian dan diamalkan. Natijahnya lahirlah masyarakat bersatu padu, saling hormat-menghormati.

Namun malangnya mutakhir ini amalan memberi sedekah kepada jiran tetangga agak kurang dipraktikkan. Justeru, marilah sempena bulan yang mulia ini kita menghidupkan semula amalan ini, mudah-mudahan perpaduan dan ukhuwah antara jiran tetangga Muslim kembali segar.
Rasulullah insan paling dermawan

Berdasarkan sirah Rasulullah SAW, Baginda adalah insan yang paling dermawan dan lebih memberi derma terutama pada Ramadan.

Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al-Quran. Dan sifat dermawan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Riwayat Bukhari)

Selain itu, Rasulullah SAW bersabda, barang siapa yang memberi minum orang berpuasa dengan seteguk air, nescaya Allah akan memberi minum kepadanya daripada telaga Nabi SAW yang mana ia tidak akan dahaga ketika di padang Mahsyar sehingga masuk ke syurga.

Pada Ramadan mulia ini, Allah SWT telah memperlihatkan sifat Maha Pemurah terhadap hamba-Nya. Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang mengerjakan amalan sunat, pahalanya sama dengan amalan wajib. Dan barang siapa yang melakukan amalan wajib, pahalanya sama seperti melaksanakan 70 amalan wajib yang sama.”
Sesungguhnya seseorang individu yang gemar bersedekah tidak akan mengurangkan hartanya bahkan Allah SWT akan menambah rezekinya. Ini ditegaskan Baginda SAW dalam sabdanya: “Tidaklah berkurang harta itu dengan sedekah.” (Riwayat Tirmidzi)

Selain itu, amalan sedekah yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan ikhlas akan berupaya memadamkan kesengsaraan azab kubur.

Bagi insan yang bijaksana, mereka sentiasa memikirkan apakah tindakan yang boleh dimanfaatkan setelah merasai nikmat dikurniakan Allah SWT kepadanya. Memperbanyakkan bersedekah satu amalan yang dituntut syarak.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid, ayat 18)

Kikis sifat bakhil 

Bersama kita mengikis sifat bakhil dalam diri dan memulakan penghijrahan sikap dengan yakin akan janji Allah SWT yang sememangnya benar semata-mata. Walau kita dilanda kesempitan wang sekalipun, kita masih lagi boleh bersedekah dengan cara lain seperti mana dianjurkan.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan tasbih adalah sedekah, takbir sedekah, tahmid sedekah, tahlil sedekah, amar makruf sedekah, nahi mungkar sedekah.” (Riwayat Muslim)

Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan pada Ramadan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah SWT di hari akhirat kelak.

Konsep ‘memberi’ (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan saja pada Ramadan kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya.

Sedekah dapat menghakis sifat kedekut dalam diri di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

Satu peringatan buat kita, usahlah kita mengungkit-ungkit sedekah yang telah dihulurkan kerana perbuatan itu akan merugikan kita semua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekah kamu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan ia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka perumpamaan orang itu ialah seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia (batu tadi) bersih.
Mereka tidak menguasai (beroleh) sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang kafir.” (Surah al-Baqarah, ayat 264)

Sumber: Berita Harian

[ISU SEMASA] Jerebu Kembali Lagi

Keadaan Jambatan Sultan Ismail yang menghubungkan Muar dan Ledang


19 titik panas dikesan di Malaysia

Kuala Lumpur: Lima kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat semalam, meningkat daripada hanya dua lokasi kelmarin.

Mengikut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga jam 4 petang semalam, Muar merekodkan bacaan IPU 102; Bandaraya Melaka (101); Bukit Rambai (122); Banting (111) dan Cheras (117). Selain itu, 33 kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana seperti Nilai dengan IPU 97 dan Pelabuhan Klang (93).

JAS menjelaskan punca kemerosotan kualiti udara disebabkan jerebu merentasi sempadan, pencemaran ozon di permukaan bumi seperti di Cheras yang lazimnya berlaku pada awal petang akibat tindak balas nitrogen oksida dan sebatian organik meruap daripada pelepasan ekzos kenderaan bermotor.

Jerebu tahap sederhana

Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) mengikut maklumat satelit NOAA-18 kelmarin, bilangan titik panas di Sumatera terus meningkat kepada 261, berbanding 159 pada 20 Julai lalu. Di Malaysia, 19 titik panas dikesan kelmarin, iaitu tujuh di Johor, Kelantan dan Pahang (4), Perak (2), Selangor dan Sabah (1).

Di Melaka, Pengarah JAS negeri, Abd Hafiz Ab Samad, berkata selain Bukit Rambai, IPU di Bandaraya Melaka masih pada tahap sederhana iaitu 92, manakala di Shah Alam, Pengarah JAS Selangor, Siti Zaleha Ibrahim, berkata IPU tidak sihat dicatatkan di Banting pada tahap 111 setakat 12 tengah hari semalam.

Di Johor Bahru, Muar satu-satunya daerah dengan status tidak sihat apabila bacaan IPU melebihi 100, manakala daerah lain di Johor masih sederhana. Pada 23 Jun lalu, Muar dan Ledang diisytiharkan darurat akibat jerebu selepas bacaan IPU melebihi 700 iaitu tahap berbahaya sehingga 211 sekolah terpaksa ditutup.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan cuaca berjerebu kembali menyelubungi Riau dan mengurangkan jarak pandangan pada sebelah pagi semalam sehingga 70 meter di Lapangan Terbang Pekanbaru serta 800 meter di Dumai berikutan meningkatnya titik panas yang dikesan, menandakan kebakaran hutan berlaku semula di sejumlah kawasan di wilayah itu.

Kisah Seorang Budak dan Pohon Epal




Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.

Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.

Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.

Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.


Waktu terus berlalu.

Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.



Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.

Wajahnya nampak sedih.

“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.

“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.

“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”



Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.

Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.



Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.



Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.

“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.

“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.

“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”

“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.

Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.



Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.



Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.

“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.

“Aku sedih” kata anak lelaki itu.

“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”

“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “

Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.

Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.



Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.

“Maaf anakku” kata pohon epal itu.

“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”

“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.

“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.

“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.

“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.

“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.

“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”

“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”



Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.

Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.



Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua

Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.

Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.

Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.



Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.

Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,

Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.



Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.

Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat

Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.

Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta

Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..



Aduhai ayah, ibu… terima kasih engkaulah pelita dalam hatiku..

Ya Allah Ya Ghaffar

Tak kuasa lagi aku merangkai kata ini…

Dan hanya permohonan dari lubuk hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku…

Demi RahmatMu yang mendahului murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku

Duhai Zat yang selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri dihadapanMu.

Aminnnn...

Saturday 20 July 2013

Kisah Emas dan Penyesalan Akhirat



Tersebut al-kisah.

Seorang Raja dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Raja tersebut untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Raja tersebut.

Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.

1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam KAFIR Laknatullah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.

Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..

Semoga dpt meningkatkan ibadah di bulan Ramadhan kali ini

Thursday 18 July 2013

[PANAS] Lagi Guru Mati Ditembak..APA NAK JADI??

 

Suspek lepas 6 das tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat

Kulim: Seorang guru mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi di sini, semalam. 
Serangan berlaku jam 12.25 tengah hari, ketika guru sebuah sekolah rendah di Berapit, Bukit Mertajam, K Shanmugam, 45, yang memandu kereta jenis Toyota Wish dalam perjalanan ke sekolahnya atas urusan kerja. 

Ketika kereta mangsa berhenti di lampu isyarat, dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu menembusi cermin keretanya.

Kejadian ketiga

Ini kejadian ketiga bulan ini guru menjadi sasaran penembak upahan. Pada 4 Julai lalu, seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, cedera di leher selepas ditembak di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, manakala pada 7 Julai, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata ketika kejadian, Shanmugam dikatakan baru keluar dari rumahnya di Taman Bidara di sini.

Katanya, siasatan awal menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha LC warna hitam melepaskan beberapa das tembakan selepas berhenti di sebelah kereta mangsa ketika lampu isyarat merah.



Kawasan kejadian sesak

“Ketika kejadian kawasan itu sesak kerana waktu puncak selain kedudukannya yang berhampiran simpang empat lampu isyarat Jalan Keladi. Mangsa ketika itu memandu sendirian dan berhenti kerana lampu isyarat merah.

“Sebaik terkena tembakan, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan diri melalui pintu penumpang, namun tidak berjaya lalu rebah dan tersembam pada tempat duduk penumpang hadapan,” katanya ketika di temui di tempat kejadian di sini, semalam.

Mohd Nashir berkata, polis menemui beberapa butir kelongsong peluru di tempat kejadian, dan menyiasat motif pembunuhan.

Seorang saksi, Mat Ali saad, 63, berkata beliau mendengar bunyi letupan yang disangkanya bunyi mercun, namun tersedar ia bunyi tembakan apabila kereta mangsa melanggar keretanya.

“Ketika itu saya tidak sedar apa yang berlaku dan tiba-tiba sebuah motosikal berlalu melepasi kereta saya dan dalam masa sama bahagian belakang kereta saya dilanggar kereta mangsa.

“Saya keluar dari kenderaan dan terkejut melihat mangsa terkena tembakan,” katanya.

Wednesday 17 July 2013

[PANAS] Nukilan Dayana Isteri Pertama Ashraff Muslim Tentang Isu Dimadukan


"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..

Bersyukurlah






Wayne Rooney Akan ke Chelsea??


Chelsea dikhabarkan telah mengemukakan tawaran rasmi bagi mendapatkan penyerang prolifik Manchester United, Wayne Rooney. Pengurus baru Chelsea, Jose Mourinho dalam kenyataannya telah mengesahkan bahawa kelab Stamford Bridge itu telah membuat tawaran rasmi bagi mendapatkan khidmat penyerang 27 tahun tersebut, namun keputusan tentang tawaran tersebut adalah terpulang kepada kelab Manchester United.

Mourinho turut menegaskan bahawa tawaran rasmi tersebut hanya melibatkan sejumlah nilai 10 million pound dan tidak termasuk tawaran pertukaran pemain Chelsea ke Manchester United seperti digembar-gemburkan sebelum ini. Sebelum ini, dua pemain Chelsea iaitu David Luiz dan Juan Mata dikatakan termasuk dalam perjanjian pertukaran pemain bagi mendapatkan Rooney.

Sementara itu di kem United, Rooney dikatakan 'marah dan tersinggung' dengan kenyataan pengurus baru United, David Moyes yang mengatakan Rooney hanya sekadar penyerang sokongan (back-up) kepada Robin Van Persie.

Persoalannya,adakah Rooney akan memakai jersi biru Chelsea? Sama-sama kita nantikan sehingga hari terakhir perpindahan nanti.







Ayuh Kita Berbuat Kebaikan



Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ayuh lah kita semua berbuat kebaikan kerana sesungguhnya kebaikan itu adalah sedekah dan setiap sedekah itu besar ganjarannya di sisi Allah S.W.T. Tak rugi kita berbuat kebaikan kerana setiap kebaikan yang kita buat,pastinya Allah akan gandakannya dan dibalas dengan kebaikan juga,insyaAllah.......Wallahua'lam.





Semuanya Tentang Yang Pertama Dalam ISLAM



1. Orang yang pertama menulis Bismillah :Nabi Sulaiman AS.


2.Orang yang pertama minum air zamzam :Nabi Ismail AS.


3.Orang yang pertama berkhatan :Nabi Ibrahim AS.


4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :Nabi Ibrahim AS.


5.Orang yang pertama dipanggil oleh Allah padahari qiamat :Nabi Adam AS.


6.Orang yang pertama mengerjakan saie antaraSafa dan Marwah :Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)


7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :Nabi Muhammad SAW


8.Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :Abu Bakar AsSiddiq RA


9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA


10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam:Al-Hasan bin Ali RA


11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA


12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :Al-Harith bin Abi Halah RA


13.Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA


14. Orang yang pertama menulis hadis di dalamkitab / lembaran :Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA


15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :Saad bin Abi Waqqas RA


16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA


17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :Ali bin Abi Tholib RA


18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW:Tamim Ad-dary RA


19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA


20.  Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA


21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :Khadijah binti Khuwailid RA


22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :Imam Syafie RH


23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:Ali bin Abi Tholib RA


24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :Muawayah bin Abi Sufyan RA


25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :Harun Ar-Rasyid RH


26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :Umar Al-Khattab RA


27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:Ali bn Abi Tholib RA


28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH


29.Orang yang pertama digelar Al-Muqry :Mus’ab bin Umair RA


30.Orang yang pertama masuk Syurga :Nabi Muhamamad SAW


Wahai, sahabat maya..baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah… semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. InsyaAllah

Tuesday 9 July 2013

DAHSYAT!! Balasan Orang Yang Tidak Puasa

Haaaa....Ini baru balasan di dunia dah teruk dan memalukan...nanti di akhirat lagi lah dahsyat~~


RAHSIA!!! Gaji Yang DiPertuan Agong dan Perdana Menteri





Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong.Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)


So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ....

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Sumber: http://ipanas2.blogspot.com

Friday 5 July 2013

Deyyy Gopal!! Ranking Itu Penting Laa Machaa!



Hamidin janji atur lebih banyak perlawanan kelas A

Kuala Lumpur: Adakah pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K Rajagobal harus mengubah pendiriannya selepas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam menegaskan betapa ranking itu penting!

Kenyataan Hamidin itu selepas menyaksikan Malaysia sekadar kekal di ranking ke-159 dunia dalam kemas kini terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kelmarin susulan keputusan Rajagobal membatalkan aksi persahabatan kelas A dengan Singapura, bulan lalu. 
Berdasarkan ketegasan Hamidin itu, Rajagobal selepas ini pasti tidak lagi boleh mengambil jalan mudah untuk hanya mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan kelab dan menukar perlawanan berstatus A dengan skuad kebangsaan negara lain kepada sekadar perlawanan ujian. 

Sebelum ini, Rajagobal sering mengulangi pendiriannya betapa ranking tidak penting dan ia turut mendapat sokongan pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal serta bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Dipintas Singapura

“Bagi saya, ranking itu sesuatu yang mustahak kerana ia menggambarkan kedudukan sesebuah pasukan negara di mata dunia dan ia juga boleh memberi kesan jika pemain kita nak beraksi di luar.
“Dengan kedudukan baik di ranking dunia juga, kita lebih mudah untuk mendapatkan lawan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa.
“Jadi selepas ini, saya akan berusaha memastikan skuad Harimau Malaya mendapat lebih banyak perlawanan berstatus A terutama pada tarikh yang ditetapkan FIFA,” kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.

Semalam, BH Sukan melaporkan biarpun Harimau Malaya kekal di ranking ke-159 dunia, tetapi dipintas oleh pasukan jiran, Singapura yang naik sembilan anak tangga ke ranking ke-156 dunia selepas mendapat tambahan 12 mata hasil kemenangan ke atas Myanmar 2-0 dan Laos 5-2, bulan lalu.


Sumber: Berita Harian

Berita Baik : Gaji Kakitangan Kerajaan Naik Bulan Julai 2013








KOTA KINABALU: Kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, awal tahun ini akan dibayar pada hujung bulan ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kakitangan awam.

“Surat pekeliling sudah saya keluarkan dan semua akan dapat kenaikan gaji tahunan ini pada penghujung bulan Julai.

“Maknanya bulan Julai mereka akan dapat kenaikan gaji tahunan. Satu kenaikan gaji yang akan melibatkan lebih satu juta kakitangan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam, di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, kelmarin.

Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang Dr.Mohd Saffree Mohd Jeffree, Pengerusi Majlis Bersama kebangsaan (MBK) Sains dan Teknologi Dalam Kumpulan Pelaksana Adnan Mat dan Presiden Sabah Medical Services Union Maiman Muntial.

Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri awal tahun ini. Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan.

Mohamad Zabidi berharap para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berikutan kenaikan gaji kakitangan awam.

“Jangan pula, bila kita umum (gaji), semua dapat gaji pada hujung Julai, barang pun naik harga,” katanya.

Berkenaan dengan seminar itu beliau memuji usaha MBK Sains dan Teknologi, Pejabat Kesihatan Penampang dan Sabah Medical Services Union atas kejayaan menganjurkan seminar itu.

“Ini satu langkah yang baik untuk memberi pendedahan kepada para pegawai kerajaan mengenai kepentingan meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Tuesday 2 July 2013

PANAS!!! Cerita Malam Pertama





Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

TAMAT

Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee

Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Malam Pertama

Guru Berkahwin Lebih Mudah Dapat Pindah!








KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersedia untuk mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baharu berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas.
"Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang telah berkahwin.


"Ini atas dasar kemanusiaan...tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan," katanya.- BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01 Sumber: myMetro

GAMBAR ANAK FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE


Ini lah gambar anak lelaki Farid Kamil dan Diana Danielle yang dilahirkan di Australia. Baby boy ini dilahirkan dengan berat 4.39 kg...Wow besarnya! Berita kelahiran dan gambar baby comel ini dikongsikan oleh pasangan ini melalui akaun Instagram mereka







AWAS!! Perhatikan Kod Warna Ketika Membeli Ubat Gigi Dan Ketahui Rahsianya!

Tahukah anda sebenarnya ubat gigi yang berada di pasaran itu mempunyai kod warna yang berbeza-beza? Pernahkah anda perasan hal ini? Tahukah anda apakah rahsia dan maksud di sebalik kod-kod warna tersebut?


Kod warna pada setiap tube ubat gigi seperti gambar di atas melambangkan kandungan ataupun bahan asas dalam ubat gigi tersebut. Ini rahsianya:

Warna Merah : Kandungan ubat gigi tersebut dari bahan semulajadi + Bahan kimia
Warna Biru : Kandungan ubat gigi tersebut dari bahan semulajadi + Bahan ubat-ubatan
Warna Hijau : Kandungan ubat gigi tersebut dari bahan semulajadi sahaja
Warna Hitam : Kandungan ubat gigi tersebut dari bahan kimia keseluruhannya.

Apakah kod warna ubat gigi anda???

P/S: Ingin menambahkan pendapatan sampingan dengan hanya bermodalkan RM40? Jangan buang masa lagi, klik SINI sekarang juga.Peluang ini hanya datang sekali sahaja!

Monday 1 July 2013

Jangan Panaskan Enjin Kereta Sebelum Bergerak....MERBAHAYA!!




Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itu mesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? 

Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?


The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR 

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT 

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.