Wednesday 29 July 2015

[TERKINI] Pejabat Polis Bukit Aman TERBAKAR

KUALA LUMPUR: Menara Bukit Aman lama yang menghadap Dataran Merdeka terbakar dalam satu kejadian petang tadi.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian berkenaan berlaku pada jam 5.20 petang.










Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Diharapkan kebakaran ini hanyalah kebetulan,tiada berkaitan dengan isu semasa negara.Harap-haraplah.......

* Peluang jana pendapatan melalui perniagaan produk online yang halal dan menguntungkan. Pengedar diperlukan segera. Daftar segera di sini PASIF INCOME

[TERKINI] Serpihan MH370 Ditemui di Reunion Island?

Reunion Island - Serpihan pesawat yang tidak dikenali dijumpai terdampar di Pulau Reunion, Timur Madagascar, menimbulkan spekulasi serpihan itu dari pesawat MAS MH370 yang hilang lebih setahun yang lalu.


Beberapa gambar serpihan pesawat itu dikongsi oleh pengguna media sosial yang teruja dengan penemuan terbaru itu.










Bagaimanapun, masih tiada sebarang kesahihan terhadap spekulasi tersebut.

Pihak berkuasa tempatan kini telah mengambil serpihan terbabit untuk analisis seterusnya.

[KEMASKINI]
Memetik laporan dari Telegraph.co.uk, seorang pakar penerbangan Perancis percaya serpihan itu dari pesawat MH370.

Xavier Tytelman, seorang bekas juruterbang yang kini bekerja sebagai pakar keselamatan udara, dihubungi oleh seorang penduduk pulau Reunion. Lelaki berkenaan menghantar gambar serpihan yang dijumpai dan Tytelman berkata ia mungkin dari pesawat yang hilang itu.

"Saya sudah mengkaji beratus-ratus gambar dan berbincang dengan rakan sekerja".

"Dan kami yakin ia menyerupai bahagian sayap Boeing 777 - pesawat yang sama dengan MH370", kata Tytelman kepada Telegraph.co.uk

"Polis di Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia kelihatan sudah berada di dalam air lebih kurang setahun, menambah lagi kenyakinan ia dari MH370. Kami tak boleh pastikannya, tapi kami fikir ada peluang (ia dari pesawat MH370)".

* Peluang jana pendapatan melalui perniagaan produk online yang halal dan menguntungkan. Pengedar diperlukan segera. Daftar segera di sini PASIF INCOME



Tuesday 28 July 2015

[HANGAT] Rombakan Kabinet Malaysia Julai 2015


Berikut saya kongsikan senarai kabinet baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dari Putrajaya. Pengumuman itu dibuat pada jam 1:45 petang dengan dihadiri beberapa barisan menteri kabinet sedia-ada. Ini telah mengesahkan mengenai desas-desus rombakan kabinet yang diterbitkan oleh beberapa rakan blogger serta laman web tertentu.

Pengumuman mengenainya telah mengesahkan mengenai beberapa nama tokoh politik Malaysia yang digugurkan. Paling menarik perhatian ialah pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan diganti oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Malah, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berada di dalam senarai kabinet baru ini, meskipun beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO.



Senarai Kabinet Baru Julai 2015

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:







***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.cmdbiz4u.com/airis***