Wednesday 17 July 2013

Wayne Rooney Akan ke Chelsea??


Chelsea dikhabarkan telah mengemukakan tawaran rasmi bagi mendapatkan penyerang prolifik Manchester United, Wayne Rooney. Pengurus baru Chelsea, Jose Mourinho dalam kenyataannya telah mengesahkan bahawa kelab Stamford Bridge itu telah membuat tawaran rasmi bagi mendapatkan khidmat penyerang 27 tahun tersebut, namun keputusan tentang tawaran tersebut adalah terpulang kepada kelab Manchester United.

Mourinho turut menegaskan bahawa tawaran rasmi tersebut hanya melibatkan sejumlah nilai 10 million pound dan tidak termasuk tawaran pertukaran pemain Chelsea ke Manchester United seperti digembar-gemburkan sebelum ini. Sebelum ini, dua pemain Chelsea iaitu David Luiz dan Juan Mata dikatakan termasuk dalam perjanjian pertukaran pemain bagi mendapatkan Rooney.

Sementara itu di kem United, Rooney dikatakan 'marah dan tersinggung' dengan kenyataan pengurus baru United, David Moyes yang mengatakan Rooney hanya sekadar penyerang sokongan (back-up) kepada Robin Van Persie.

Persoalannya,adakah Rooney akan memakai jersi biru Chelsea? Sama-sama kita nantikan sehingga hari terakhir perpindahan nanti.







0 comments:

Post a Comment