Wednesday 5 August 2015

[TERKINI]Cebisan Pesawat SAH Milik MH370

Cebisan sebahagian daripada sayap pesawat yang dijumpai di kepulauan Reunion pada minggu lepas telah disahkan milik pesawat malang Malaysia MH370 yang telah hilang dan tidak dapat dikesan sejak 8 Mac 2014.

Perkara ini telah disahkan sebentar tadi melalui sidang media yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak pada jam 1.40 pagi 6 Julai 2015

Menurut Dato Seri Najib, cebisan pesawat itu telah dikaji oleh sekumpulan pakar dan ianya telah disahkan milik MH370.

Semoga dengan pengesahan ini dapat merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 sejak setahun yang lalu

Al Fatihah

MH370 Dalam Kenangan



(IKLAN) Jana pendapat melalui bisnes dropship secara online di www.cmdbiz4u.com/airis

Wednesday 29 July 2015

[TERKINI] Pejabat Polis Bukit Aman TERBAKAR

KUALA LUMPUR: Menara Bukit Aman lama yang menghadap Dataran Merdeka terbakar dalam satu kejadian petang tadi.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian berkenaan berlaku pada jam 5.20 petang.










Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Diharapkan kebakaran ini hanyalah kebetulan,tiada berkaitan dengan isu semasa negara.Harap-haraplah.......

* Peluang jana pendapatan melalui perniagaan produk online yang halal dan menguntungkan. Pengedar diperlukan segera. Daftar segera di sini PASIF INCOME

[TERKINI] Serpihan MH370 Ditemui di Reunion Island?

Reunion Island - Serpihan pesawat yang tidak dikenali dijumpai terdampar di Pulau Reunion, Timur Madagascar, menimbulkan spekulasi serpihan itu dari pesawat MAS MH370 yang hilang lebih setahun yang lalu.


Beberapa gambar serpihan pesawat itu dikongsi oleh pengguna media sosial yang teruja dengan penemuan terbaru itu.










Bagaimanapun, masih tiada sebarang kesahihan terhadap spekulasi tersebut.

Pihak berkuasa tempatan kini telah mengambil serpihan terbabit untuk analisis seterusnya.

[KEMASKINI]
Memetik laporan dari Telegraph.co.uk, seorang pakar penerbangan Perancis percaya serpihan itu dari pesawat MH370.

Xavier Tytelman, seorang bekas juruterbang yang kini bekerja sebagai pakar keselamatan udara, dihubungi oleh seorang penduduk pulau Reunion. Lelaki berkenaan menghantar gambar serpihan yang dijumpai dan Tytelman berkata ia mungkin dari pesawat yang hilang itu.

"Saya sudah mengkaji beratus-ratus gambar dan berbincang dengan rakan sekerja".

"Dan kami yakin ia menyerupai bahagian sayap Boeing 777 - pesawat yang sama dengan MH370", kata Tytelman kepada Telegraph.co.uk

"Polis di Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia kelihatan sudah berada di dalam air lebih kurang setahun, menambah lagi kenyakinan ia dari MH370. Kami tak boleh pastikannya, tapi kami fikir ada peluang (ia dari pesawat MH370)".

* Peluang jana pendapatan melalui perniagaan produk online yang halal dan menguntungkan. Pengedar diperlukan segera. Daftar segera di sini PASIF INCOME



Tuesday 28 July 2015

[HANGAT] Rombakan Kabinet Malaysia Julai 2015


Berikut saya kongsikan senarai kabinet baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dari Putrajaya. Pengumuman itu dibuat pada jam 1:45 petang dengan dihadiri beberapa barisan menteri kabinet sedia-ada. Ini telah mengesahkan mengenai desas-desus rombakan kabinet yang diterbitkan oleh beberapa rakan blogger serta laman web tertentu.

Pengumuman mengenainya telah mengesahkan mengenai beberapa nama tokoh politik Malaysia yang digugurkan. Paling menarik perhatian ialah pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan diganti oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Malah, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berada di dalam senarai kabinet baru ini, meskipun beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO.



Senarai Kabinet Baru Julai 2015

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:







***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.cmdbiz4u.com/airis***

Tuesday 2 June 2015

Apa khabar blog?

Lama sudah tak ku jenguk ke sini...Tugas hakiki membataskan waktu...Jauh di sudut hati ku ingin sangat membuat coretan...

Thursday 17 July 2014

[TERKINI] Pesawat MAS Terhempas Dipercayai Ditembak Di Ukraine

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.

Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.

"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.

Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.

"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.

MAS melalui Twitternya mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.



JANA PENDAPATAN SEHINGGA RM1000 SEHARI DENGAN PRODUK CMD BY REVELL.LAYARI http://richvell.blogspot.com UNTUK INFO LANJUT

Friday 4 July 2014

[TERKINI] Sharifah Aini Meninggal Dunia




Kuala Lumpur: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini.

Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini.

Isnin lalu, Sharifah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengadu sukar bernafas.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.

Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.

Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Pernah menghasilkan hampir 100 album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.

Sumbangan besarnya terhadap industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003.
Hasil perkahwinannya dengan Ali Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki . Perkahwinan mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun 1992.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.

sumber:harian metro online

IKLAN: Jana pendapatan sehingga RM1000 sehari dengan bisnes CMD Richvell.Info lanjut di http://richvell.blogspot.com

Wednesday 25 June 2014

[HOT] Menyesal Saya Tak Keluarkan Duit Tu Awal-Awal !


MENYESAL SAYA TAK KELUARKAN DUIT TU AWAL-AWAL!!!

Ya, memang rugi sangat saya tak keluarkan RM138 tu awal-awal.....Bukannya saya takde duit,duit tu ade...setakat RM138 tu saya ade sangat, boleh je saya keluarkan...Tapi.....saya buat tak tahu je masa tu....Saya anggap semua tu tu main-main jer....Argghhh...

Kenapalah saya tak keluarkan RM138 tu?? Waktu kawan saya mula-mula ajak keluarkan RM138 tu, saya buat main-main jer....Saya anggap dia macam main-main jer...Saya buat tak serius je waktu tu...




Tapi sekarang....Mula lah saya rasa rugi sangat....Macam menyesal la pulak....Apalah sangat kalau saya keluarkan RM138 tu dan join dia...

Isshh....ruginya rasa....Sekarang ni hari-hari tengok kawan tu dapat bonus....setiap hari dapat duit...setiap hari dapat income...uisshhh...dengki pulak rasanya....huhuh

Dengan RM138 tu lah kawan saya tu dapat bonus setiap hari....Dengan RM138 tu lah duit masuk setiap hari dalam akaun dia....Punya lah best!









Lepas tengok dia dapat duit masyukkk je setiap hari,aku dah taknak menoleh lagi...Aku pun nak jadi macam dia...Aku pun ada RM138 macam dia.Aku pun nak dapat income banyak macam dia....Dia jual produk yang bagus...Ramai orang guna, Alhamdulillah dengan izin Allah boleh sembuh penyakit-penyakit diaorang...Gout, kencing manis, darah tinggi semua boleh kurang....Tenaga bertambah,stamina meningkat...Syukurrrrrr....






Kalau korang nak pun nak,jom lah ikut aku.....Kita join sama-sama,kita buat sama-sama... Jom kita tengok di sini :

                                      SAYA ADA DUIT UNTUK BUAT LEBIH BANYAK DUIT


Alhamdulillah....dengan pelaburan RM138, aku dapat produk yang bagus....dapat bantu ramai orang...dapat bonus dan income setiap hari.....





















***Inginkan RAHSIA MENJANA INCOME DI FB yang betul-betul berkesan? Jom singgah di www.bisnesonlineanda.com***

Wednesday 28 May 2014

[TERKINI] Sultan Perak Mangkat

IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.


Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.

*Dapatkan Rahsia Jana Duit Melalui Kaedah Affiliate Di SINI*

Thursday 22 May 2014

[LAWAK] Panda Malaysia Yang Terlajak Laris!

Ini adalah antara parodi rakyat Malaysia tentang ketibaan panda pinjam dari China..Terlajak Laris!






***Dapatkan Panduan Rahsia Buat Duit Cara Affiliate di SINI