Monday, 31 October 2011

[BOLASEPAK] Gol TERPANTAS Piala Malaysia

Ini adalah jaringan gol yang paling pantas dalam pertandingan bolasepak di Malaysia setakat ini....Gol ni dijaringkan oleh Zulhamizan Zakaria (no 16) sewaktu pertandingan akhir Piala Malaysia tahun 1992 yang menyaksikan Pahang menjadi juara setelah mengalahkan Kedah dengan jaringan 1-0.....

Nak Kuruskan Badan Dengan CEPAT???Ini Rahsianya......

Korang ada mengalami masalah BERAT BADAN??berat badan berlebihan?payah nak kurangkan berat?nak kurus dan body cantik?Jadi dalam entri kali ni, aku nak kongsikan tips-tips dan cara kuruskan berat badan dengan cepat,selamat dan efektif....




Korang tak perlu makan pil-pil pelangsing yang merbahaya dan belum tentu berkesan, tak perlu berdiet dan menyeksa diri dan tak perlu menghabiskan duit beratus ringgit beli Jus Mate....heheh...ikut jer cara yang kawan aku telah buktikan berkesan.....begini ceritanya....

Biar aku namakan kawan ku ini sebagai Joe.....Joe ni memang ada masalah berat badan....badan dia memang besar.Berat dia mencecah 135 kg.Bayangkanlah!!Jadi tahun lepas,Joe ni nak melangsungkan perkahwinan....Jadi,atas sebab kesihatan dan of course lah nak nampak lebih 'anggun' dan mantap bodynya sebelum dia naik pelamin, jadi Joe pun mulalah bertekad untuk menguruskan badan.

Jadi sebagai langkah permulaan,Joe ni pergi la mendaftar ke gimnasium..Gimnasium ni memang terkenal dengan trainer2 yang hebat dalam bab2 fitness dan menguruskan badan ni.Jadi,bila Joe ni pergi ke gym ni,dia pun mulalah diperkenalkan dengan 2 pakej untuk menguruskan badan.....iaitu......

A) PAKEJ CEPAT (RM 50:SELAMA 2 JAM)    vs.      B) PAKEJ PANTAS (RM100:SELAMA 1 JAM)

Jadi sebagai permulaan,yelah...si Joe ni baru 1st time menjejakkan kaki ke gym, so dia pun pilih la dulu Pakej A........

Setelah buat pembayaran,Joe pun disuruh masuk ke dalam sebuah bilik....Bilik tu memang panas,ala2 bilik sauna gitu..ecewahh~~...kemudian masuklah seorang trainer wanita yang cun...body memang mantopp la...sexy plak tu....pakai bikini je...Then dia kata pada Joe,

"Kalau abg dapat kejar dan tangkap saya, abg boleh buat apa saja pada saya"....Joe tergamam...dalam hati dia kata...."Wahh...ini peluang baik...".Jadi dia pun bersetuju dengan 'tawaran trainer sexy tu....

Maka bermulalah aksi kejar mengejar antara Joe dan trainer sexy tu...Al-maklumlah...si Joe ni 135 kg,nak kejar si trainer yg slalu training kat gym,badan solid-molid plak tu....confirm tak dapat!Setelah cukup 2 jam tempoh pakej yang Joe ambil tu,ternyata Joe memang tak dapat nak tangkap trainer sexy tu....jadi melepas la si Joe......Lepas terlentang kepenatan,Joe pun pegi la timbang berat badan dia....dan ternyata....dalam masa 2 jam 'berlatih' berlari kejar trainer tu,dia dah turun 2 kilo! Waahhh...ini satu perkembangan menarik...Joe sangat teruja dan berkira-kira nak datang semula esok dan nak try Pakej B plak...

Esok nya,datang lah Joe sekali lagi ke gym tu dan dengan confident nya dia ckp kat kaunter pendaftaran gym tu...

"Dik, arini saya nak try Pakej B pulak...semalam saya try Pakej A dah turun 2 kg..arini nak try Pakej B pulak...mesti turun lagi banyak...",kata si Joe ni teruja....

Jadi Joe pun disuruh untuk masuk ke dalam bilik di sebelah bilik semalam....dan lepas 5 minit menunggu..masuklah seorang trainer lelaki yang gagah perkasa dengan badan berketul-ketul ke dalam bilik tu....dia pun cakap...

"Ok bang,saya trainer abg untuk arini...saya akan kejar abg sampai dapat....abg kena elak dari ditangkap saya...kalau saya dapat tangkap abg,siaplah saya akan buat apa sahaja dengan abg!"

Dengar je kata-kata yg trainer tu ckp...Joe pun terus pitam dan pengsan~~~~~

*Hahaha...jangan marah yer kawan2....gurau2 jer....sekadar hiburan dan gurauan di masa lapang*

Sesiapa yang rajin berblog mungkin berpeluang menang anugerah Nuffnang Asia-Pacific Blog Award...tengok di sini!

Mari kita sebarkan iklan dan dapat ganjaran di sini..Check it Out now!

Mengapa Hawa Dicipta Tatkala Adam A.S Tidur??

Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana..Maha Mengetahui.....Lihatlah betapa indahnya dan hikmahnya kejadian manusia itu.....bukan sengaja Hawa dicipta ketika Adam tidur.......Tetapi tersembunyi seribu satu keindahan dan rahsia yang wajar kita renungi.....

Kenapa Hawa dicipta ketika Nabi Adam tertidur? Ini adalah kerana...................

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar... Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti DIA SEDANG MENANGIS DLM HATINYA . Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Thursday, 20 October 2011

Fakta Sains : Hikmah Solat Berjemaah




Profesor AS akui solat berjemaah tersirat aspek sains fizikSumber: Berita Harian

SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. BErdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.

Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

P/s : Jangan plak solat dilakukan hanya semata untuk mendapatkan kelebihan di atas. Buatlah kerana Allah. Yang lain-lain tu anggaplah sebagai bonus daripadaNya.

[LAWAK] Bapak Oh Bapak....

Tersebutlah kisah hikayat sebuah cerita....3 buah negara yang paling banyak umatnya di muka bumi ini iaitu China, India dan Indonesia ingin mengadakan sebuah pertandingan,untuk mencari rakyat negara manakah yg paling hebat.....

Jadi...setelah dibincangkan pertandingan apa yg nak dibuat, maka dapatlah satu keputusan untuk buat pertandingan untuk tengok rakyat negara mana yg ada anak paling ramai....yer la kan.kesemua negara ni memang ramai rakyat,so nak tau la siapa yang ada anak paling ramai........Maka untuk pertandingan yang julung kali diadakan ni,Indonesia telah dipilih untuk jadi tuan rumah.

Jadi pada hari pertandingan yang diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, peserta pertama adalah dari negara India....Maka masuklah seorang lelaki India ni ke dalam stadium membawa 18 orang anak-anaknya....Maka tersangat kagumlah kesemua penonton dalam stadium tu...Bertepuk tangan la mereka dan bersorak gembira kesemua penonton yang hadir....Bagi dioarang, ada 18 orang anak adalah sangat mengagumkan....

Lepas peserta India tu,masuk pulak peserta dari negara China.Lelaki China ni masuk dan membawa 23 budak China...semuanya sepet2 belaka....wahhhh...23 orang anak tuuuu...lagi lah kagum semua orang yg datang kat stadium tu....Maka bertambah riuh-rendah la stadium sebab kira2 40 ribu penonton berteriak dan bersorak....diorang rasa konfem la orang China ni menang....tapi tu belum tentu lagi...sekarang sampailah giliran peserta tuan rumah pulak,orang Indonesia...

Maka masuklah orang Indonesia ni ke dalam stadium....Tapi yang peliknya, dia hanya bawak 2 orang anak jer...bila tengok je mamat Indon ni bawak 2 orang anak je, orang China dan India ni dah tersengih-sengih jer..dalam hati masing-masing dah konfem menang la diorang ni....Para juri pun dah senyum jer....mudah keje diaorang nak pilih pemenang......Tapi.........

Bila 10 langkah jer mamat Indon ni masuk ke stadium,kesemua penonton Indonesia yang seramai 40 ribu dalam stadium tu bangun dan bertempik ramai-ramai,"Bapak..Bapak...Bapakkk...Bapakkk!!"

Mendengarkan jeritan tu..maka juri-juri dan semua delegasi India dan China terus pengsan!

Hahahahahaha....Sekiaaannnn~~~

Wednesday, 19 October 2011

[LAWAK] Panggilan Tempatan Memang La Murah!

Al-kisah tersebut lah satu cerita...hikayat gurauan senda untuk tatapan semua...sesungguhnya tiadalah ianya benar melainkan semuanya untuk hiburan dan gurauan semata........




Begini kisahnya.....pada suatu hari...di dalam (hell) neraka...duduklah Queen Elizabeth, George Bush si Presiden Amerika dan juga Hitler si ketua Nazi....disebabkan mereka telah lama diseksa di dalam 'hell' itu, pada suatu hari mereka telah diberikan 'kebebasan' utk membuat satu panggilan kepada sesiapa yg mereka suka.Hanya satu panggilan untuk setiap seorang....Maka...merasakan dirinya ini tinggi darjatnya,maka Queen Elizabeth pun pergi la dulu untuk membuat panggilan.Dia memilih untuk membuat panggilan ke England,nak bertanyakan hal ehwal rakyatnya.Berikut adalah rakaman perbualannya yg telah di'translate'kan dengan jayanya...hehehe

Queen: Hello Mr.Brown (PM England),mcm mana keadaan rakyat kita?semua ok?
PM England: Owh...semua ok Tuanku..cuma sekarang keadaan ekonomi agak teruk...
(mereka pun berbual sehingga lebih kurang 30 minit...bla..bla..blaa..blaa.....)

Setelah siap,Queen Elizabeth telah dikenakan bayaran sebanyak 10 ribu Dollar utk panggilan selama 30 minit ke England itu...

Queen: Wahhh...kenapa mahal sangat?
Tukang jaga telefon in 'hell': Memang laaa...kan jauh England tu...dah la kau tu cakap lama             sangat..Dah,jangan banyak bunyi..sekarang kau akan diseksa semula!

Sekarang sampai la pulak giliran si Hitler....dia pun buat la panggilan kepada konco-konco askar Nazinya di Jerman tuu....Hitler pun berborak la dengan geng lama dia..borak punya borak,dia tak sedar rupenya dia dah bercakap 2 jam....so..tiba time nak bayar,dia kena charge 100 ribu Dollar....dia pon tak cakap banyak,terus je bayar.....

So sekarang sampaila time si Bush ni utk wat call.Dia pun call la ke USA.Dia call Presiden baru USA yg ganti dia sekarang......Maklumla,bekas Presiden kan,perasan la mcm dia masih ada kuasa,macam2 la yg si Bush ni pesan kat Presiden baru USA ni...sampai 5 jam dia punya borak....so..lepas abes je berborak,si Bush ni pun pegi la nak buat bayaran....

Bush: Ok, berapa yg saya perlu bayar untuk panggilan 5 jam dari neraka ni ke USA tu?
Tukang jaga phone in 'hell': Well Mr Presiden, kamu hanya perlu bayar 100 Dollar sahaja.

Mendengarkan yg Bush ni hanya di charge 100 Dollar je walaupun dah bergayut selama 5 jam,Queen Elizabeth ngan Hitler ni bengang la....diorang kena bayar mahal,tapi Bush kena charge murah je... 

Queen: Woii..apehal dia kena charge 100 Dollar je utk call selama 5 jam???Aku ko charge 10 ribu Dollar utk 30 minit..mana aci??!!

Tukang jaga phone in hell: Betul la tuuu...Queen call England,Hitler plak call Jerman...semua tu kiter caj sebagai call antarabangsa..memang la mahal...

Hitler: Dah tu...si Bush call USA tu bukan ke antarabangsa ke???Tak adil!!

Tukang jaga phone in hell: Laaa....ape plaknya....panggilan dari neraka ke neraka (USA) kiter kira sebagai panggilan tempatan laaa....memang la murah...

Si Queen Elizabeth ngan Hitler pon diam dan tak marah2 lagi...diorang terus gelak....

hehehehe...cerita ni rekaan saje okay...takder niat ape2 pon........ =)

Siapa yang meluaskan network,boleh try di sini


atau.............................


Siapa yang rajin berblog tu,marilah jenguk sini....anda mungkin berpeluang

Monday, 17 October 2011

Perempuan Patut Rasa Beruntung JIKA...............................

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. 









Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.


Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja


Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.


Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.


Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.


Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.


Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.


sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.


Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...


Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.


Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.


Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.


Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.


Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..


*diinspirasikan dari sebuah page dari sahabat FB*

[AWAS] Virus Pada Blog Anda!

Anda ada blog?anda rasa blog anda selamat?jangan ingat Facebook anda jer boleh kna virus...blog anada pun boleh kena virus tau.....so...utk elakkan virus pada blog anda....sila scan blog anda di sini...

Ni contoh blog yang telah di scan....ternyata blog ini selamat dan bersih daripada virus...alhamdulillah..... =)



--------- LINK SCAN SUMMARY ---------
PhisTank say's: Service not available.
AVG say's: Service not available.
SiteTruth say's: This site is safe.
Google Safe Browsing say's: This site is safe.
Threat Name: No Threat FOUND
Threat Definitions: 1054259
Engine Version: 0.97.2
Host IP: 74.125.127.132
Link Status: Clean
File Size: 59.27 KB
Time Finished: 5.05 secs
Overall result: This site is secure.
Bottom of Form
  

KEBAKARAN Kolej Jati UiTM Shah Alam


Satu kebakarn telah berlaku pada jam 2 pagi di Kolej Jati UiTM Shah Alam pada 28 Sept yg lalu...seorang pelajar kursus Sains Sukan (Roger Lajis) telah meninggal dunia akibat kejadian itu. Kejadian dikatakan berpunca dari api rokok pelajar....(hmmm...sengal btol budak yg menyebabkan kebakaran ni....dah la merokok,bodoh plak tu.menyusahkan org je!)

Sunday, 16 October 2011

Lelaki 8G Yang Di BENCI Wanita

1. Garang ( garang tak bertempat, suka... mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabra(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.


8. Gatal(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat.
Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja.
Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.




*Jadi,buat lelaki-lelaki di luar sana, (juga buat diri saya sendiri) marilah kita renung diri dan baiki kekurangan diri sendiri*


 ·  ·