Wednesday, 31 July 2013

[TERKINI] Bintang Hoki Negara Chua Boon Huat Maut Kemalangan

1 Ogos 2013- Bintang hoki negara, Chua Boon Huat dilaporkan telah maut dalam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya LDP jam 4.30 pagi tadi. Kenderaan yang dinaikinya dilaporkan telah melanggar sebuah lori yang sedang menyiram pokok bunga di tepi jalan. Mendiang yang sangat dikenali dalam skuad hoki negara dan merupakan pemain paling senior dalam skuad negara sekarang ini telah pergi buat selama-lamanya di kala khidmat dan pengalaman nya masih ditagih...

[SUBHANALLAH] Berkat Sedekah 10 sen!

Ini adalah cerita yang saya ingin kongsikan perihal seorang wanita yang menderma duitnya sebanyak RM 0.10....Sama-sama kita ambil pengajaran “Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai. “Satu RM14.90 kak” jawabnya. “ok lah akak nak beli satu yang ini” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau. Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku kembalikan 10sen (sekupang...

Tuesday, 30 July 2013

[LAWAK] Papan Tanda Yang Kelakar Giler!!!

...

[SUBHANALLAH] Ketahui RAHSIA Kurma Yang Jarang Kita Ketahui

KURMA ADALAH BUAH YANG PALING BERKHASIAT DI DUNIA Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia. • Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah. • Tahukah anda bahawa orang yang memakan...

[PANAS] Perodua Akan Lancarkan Perodua Jaguh??

Sekarang sedang hangat diperkatakan di media-media elektronik khasnya blog dan laman sosial mengenai model baru kereta sedan yang dikatakan bakal dilancarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Negara (PERODUA). Model sedan yang dikatakan diberi nama Perodua Jaguh itu dilihat sangat mirip kepada model kereta Jepun iaitu Toyota Etios. Inilah yang dikatakan model sedan Perodua yang akan dilancarkan iaitu Perodua Jaguh.Lihatlah reka bentuknya.Adakah sama...

Monday, 22 July 2013

[PANAS] Bonus Raya Kakitangan Awam 2013!!

Hari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya. Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan & menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam. Berdasarkan sumber yang...

Putera William dan Kate Middleton Dikurniakan Bayi Lelaki

LONDON: Putera William dan isterinya, Kate Middleton hari ini dikurniakan bayi lelaki yang bakal menaiki takhta Britain, kata Istana Kensington dalam satu kenyataan. “Duchess of Cambridge selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 4.24 petang waktu tempatan," kata kenyataan itu. “Bayi seberat 3.8 kilogram.". Kate dan bayinya berada dalam keadaan sihat dan akan berada di hospital semalaman. Putera William turut berada di Hospital St. Mary,...

Sedekah Bulan Puasa Padam Azab Kubur

Amalan pada bulan Ramadan yang mungkin sebahagian kita terlepas pandang ialah amalan memberi sedekah juadah berbuka kepada jiran tetangga. Suatu ketika dulu amalan ini sentiasa diberikan perhatian dan diamalkan. Natijahnya lahirlah masyarakat bersatu padu, saling hormat-menghormati. Namun malangnya mutakhir ini amalan memberi sedekah kepada jiran tetangga agak kurang dipraktikkan. Justeru, marilah sempena bulan yang mulia ini kita menghidupkan semula amalan ini, mudah-mudahan perpaduan dan ukhuwah antara jiran tetangga Muslim kembali segar. Rasulullah...

[ISU SEMASA] Jerebu Kembali Lagi

Keadaan Jambatan Sultan Ismail yang menghubungkan Muar dan Ledang 19 titik panas dikesan di Malaysia Kuala Lumpur: Lima kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat semalam, meningkat daripada hanya dua lokasi kelmarin. Mengikut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga jam 4 petang semalam, Muar merekodkan bacaan IPU 102; Bandaraya Melaka (101); Bukit Rambai (122); Banting (111) dan Cheras (117). Selain itu, 33...

Kisah Seorang Budak dan Pohon Epal

Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari. Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya. Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu. Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu. Waktu terus berlalu. Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan...

Saturday, 20 July 2013

Kisah Emas dan Penyesalan Akhirat

Tersebut al-kisah. Seorang Raja dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa. Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu...

Thursday, 18 July 2013

[PANAS] Lagi Guru Mati Ditembak..APA NAK JADI??

  Suspek lepas 6 das tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat Kulim: Seorang guru mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi di sini, semalam.  Serangan berlaku jam 12.25 tengah hari, ketika guru sebuah sekolah rendah di Berapit, Bukit Mertajam, K Shanmugam, 45, yang memandu kereta jenis Toyota Wish dalam perjalanan ke sekolahnya atas...

Wednesday, 17 July 2013

[PANAS] Nukilan Dayana Isteri Pertama Ashraff Muslim Tentang Isu Dimadukan

"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand " Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !! Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita...

Bersyukurlah

...

Wayne Rooney Akan ke Chelsea??

Chelsea dikhabarkan telah mengemukakan tawaran rasmi bagi mendapatkan penyerang prolifik Manchester United, Wayne Rooney. Pengurus baru Chelsea, Jose Mourinho dalam kenyataannya telah mengesahkan bahawa kelab Stamford Bridge itu telah membuat tawaran rasmi bagi mendapatkan khidmat penyerang 27 tahun tersebut, namun keputusan tentang tawaran tersebut adalah terpulang kepada kelab Manchester United. Mourinho turut menegaskan bahawa tawaran...

Ayuh Kita Berbuat Kebaikan

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ayuh lah kita semua berbuat kebaikan kerana sesungguhnya kebaikan itu adalah sedekah dan setiap sedekah itu besar ganjarannya di sisi Allah S.W.T. Tak rugi kita berbuat kebaikan kerana setiap kebaikan yang kita buat,pastinya Allah akan gandakannya dan dibalas dengan kebaikan juga,insyaAllah.......Wallahua'lam. ...

Semuanya Tentang Yang Pertama Dalam ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :Nabi Sulaiman AS. 2.Orang yang pertama minum air zamzam :Nabi Ismail AS. 3.Orang yang pertama berkhatan :Nabi Ibrahim AS. 4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :Nabi Ibrahim AS. 5.Orang yang pertama dipanggil oleh Allah padahari qiamat :Nabi Adam AS. 6.Orang yang pertama mengerjakan saie antaraSafa dan Marwah :Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS) 7. Orang yang pertama dibangkitkan...

Tuesday, 9 July 2013

DAHSYAT!! Balasan Orang Yang Tidak Puasa

Haaaa....Ini baru balasan di dunia dah teruk dan memalukan...nanti di akhirat lagi lah dahsya...

RAHSIA!!! Gaji Yang DiPertuan Agong dan Perdana Menteri

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong.Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982). Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000). 2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000) 3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000...

Friday, 5 July 2013

Deyyy Gopal!! Ranking Itu Penting Laa Machaa!

Hamidin janji atur lebih banyak perlawanan kelas A Kuala Lumpur: Adakah pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K Rajagobal harus mengubah pendiriannya selepas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam menegaskan betapa ranking itu penting! Kenyataan Hamidin itu selepas menyaksikan Malaysia sekadar kekal di ranking ke-159 dunia dalam kemas kini terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa...

Berita Baik : Gaji Kakitangan Kerajaan Naik Bulan Julai 2013

KOTA KINABALU: Kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, awal tahun ini akan dibayar pada hujung bulan ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kakitangan awam. “Surat pekeliling sudah saya keluarkan dan semua akan dapat kenaikan gaji tahunan ini pada penghujung bulan Julai. “Maknanya bulan Julai mereka akan...

Tuesday, 2 July 2013

PANAS!!! Cerita Malam Pertama

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku. "Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu. "Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan...

Guru Berkahwin Lebih Mudah Dapat Pindah!

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersedia untuk mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baharu berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas. "Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada...

GAMBAR ANAK FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE

Ini lah gambar anak lelaki Farid Kamil dan Diana Danielle yang dilahirkan di Australia. Baby boy ini dilahirkan dengan berat 4.39 kg...Wow besarnya! Berita kelahiran dan gambar baby comel ini dikongsikan oleh pasangan ini melalui akaun Instagram mereka ...

AWAS!! Perhatikan Kod Warna Ketika Membeli Ubat Gigi Dan Ketahui Rahsianya!

Tahukah anda sebenarnya ubat gigi yang berada di pasaran itu mempunyai kod warna yang berbeza-beza? Pernahkah anda perasan hal ini? Tahukah anda apakah rahsia dan maksud di sebalik kod-kod warna tersebut? Kod warna pada setiap tube ubat gigi seperti gambar di atas melambangkan kandungan ataupun bahan asas dalam ubat gigi tersebut. Ini rahsianya: Warna Merah : Kandungan ubat gigi tersebut dari bahan semulajadi + Bahan kimia Warna Biru : Kandungan...

Monday, 1 July 2013

Jangan Panaskan Enjin Kereta Sebelum Bergerak....MERBAHAYA!!

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar...