Ini adalah sebuah kisah untuk renungan kita bersama......
Di dalam sebuah desa yang permai, tinggal sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada suami,isteri dan sepasang anak kecil lelaki dan perempuan berusia 6 dan 4 tahun.Sesungguhnya kehidupan mereka ini tidaklah terlalu kaya, tetapi tidak pula terlampau miskin. Sekadar cukup memenuhi keperluan sehari-hari sahaja. Si suami nya bekerja sebagai petani dan juga mengambil upah membuat rumah manakala sang isteri menjadi suri menjaga keperluan rumahtangga......
Adapun seperti juga insan-insan lain,pasangan ini selalu berangan untuk menjadi kaya dan hidup senang.Setiap kali selepas anak-anak mereka tidur, sang suami selalu berkata kepada si isterinya "sayang,alangkah bagusnya jika kita kaya seperti saudagar2 di kota sana kan?Sudah tentu abang dapat membelikan segala apa yg sayang dan anak2 inginkan".Si isteri hanya tersenyum setiap kali suaminya berkata demikian. Sesungguhnya dia sudah amat bersyukur dengan apa yg diperolehnya dalam kehidupannya sekarang. Namun jauh di sudut hatinya tetap menginginkan kehidupan yg lebih baik dari sekarang.
Ditakdirkan Allah, suatu pagi setelah suaminya pergi bekerja, wanita ini melihat 3 orang lelaki berpakaian serba putih duduk di hadapan rumahnya. Wanita ini berasa hairan kerana dia tidak pernah melihat ketiga-tiga lelaki ini sebelum ini dan dia pasti mereka bukanlah di kalangan orang sekampungnya.Bagi menghilangkan teka-teki yang bersarang di hatinya, dia memberanikan diri utk bertanya kepada lelaki-lelaki tersebut....
"Siapakah kalian semua dan apakah hajat kalian datang ke mari?"Lantas seorang daripada lelaki tersebut menjawab, "Sesungguhnya kami adalah orang yang kamu tidak kenali tetapi kami sangat mengenalimu.Adakah suamimu ada di rumah"?Wanita tersebut mulai hairan dan meberitahu bahawa suaminya tiada di rumah. Maka lelaki tersebut berkata lagi, "Tidak mengapa,kami akan duduk menunggu di sini sehingga suamimu pulang".
Setelah suaminya pulang,wanita itu terus menceritakan perihal tiga lelaki tersebut dan suaminya menyuruhnya menjemput ketiga-tiga lelaki tersebut masuk ke rumah.Apabila wanita tersebut memanggik kesemua lelaki itu, hanya seorang sahaja yang bangun.Wanita itu pelik lalu bertanyakan kenapa tidak kesemua mereka masuk ke rumah.Lelaki yang pertama itu menjawab,"Sesungguhnya nama aku adalah Kekayaan.Dua orang lagi temanku itu ialah Kejayaan dan Kasih Sayang.Hanya salah seorang daripada kami yang akan masuk ke dalam rumahmu.Maka kamu berbincanglah dengan keluargamu dan buatlah pilihan yg terbaik".Mendengar kata-kata lelaki itu,wanita itu terus mendapatkan suaminya dan memberitahu tentang hal tersebut.
Suaminya agak terkejut mendengarnya tetapi kemudian berkata,"Ah..inilah peluang yang kita nantikan selama ini..apa kata kita jemput saja Kekayaan yang masuk,mesti rumah kita ini akan dilimpahi dengan kekayaan.Kita akan menjadi kaya-raya!".Isterinya turut teruja mendengar cadangan si suami,tetapi setelah berfikir sejenak dia pun berkata,"Tak guna juga kita hanya ada kekayaan.Nanti lama-kelamaan kekayaan itu akan habis dan kita akan miskin kembali.Lebih baik kita jemput sahaja Kejayaan yang masuk.Mesti kita akan sentiasa berjaya dan sudah tentu kita juga akan kaya,betul tak bang?".Suami isteri itu mula serba salah dan berlakulah sedikit pertengkaran antara mereka berdua.
Tatkala mereka berdua bertengkar, tiba-tiba sahaja si anak lelaki yang mulanya leka bermain di ruang tamu tiba-tiba berkata,"Jemputlah Kasih Sayang yang masuk...mesti kita akan lebih bahagia...kan mak?kan ayah?".Ibu bapanya terkejut dengan apa yang dicadangkan oleh anaknya itu.Setelah itu,si bapa berkata,"Isteriku,kamu pergilah jemput Kasih Sayang yang masuk.Abang percaya apa yg anak kita cakapkan ini ada benarnya".Lalu si isteri pun terus menjemput Kasih Sayang yang masuk.
Apabila Kasih Sayang yang dipanggil,ternyata dua lagi rakannya iaitu Kekayaan dan Kejayaan turut ikut masuk.Ini membuatkan keluarga itu terkejut."Bukankah tadi kamu katakan hanya seorang sahaja daripada kamu yang akan masuk?Mengapa sekarang ketiga-tiga kamu pula yang masuk?",tanya si bapa yang kehairanan.Kekayaan menjawab,"Tuan,sesungguhnya kamu dan keluargamu telah membuat pilihan yang tepat. Andai kamu memilih aku (Kekayaan),nescaya hanya aku yang kamu akan dapat.Namun,kekayaan akan habis jua nanti.Jika kamu meilih Kejayaan,pasti hanya kejayaan yang akan kamu perolehi.Mungkin kamu tidak akan mengecapi kebahagiaan dan nikmat kehidupan yang hakiki.Tetapi kamu telah memilih Kasih Sayang,sudah tentulah kami turut mengikuti kasih sayang masuk ke rumah kamu kerana kasih sayanglah sumber kekuatan sebuah keluarga dan perhubungan.Apabila kamu sudah kuat,nescaya kamu akan berusaha sedaya mungkin dan akamu akan perolehi kejayaan dan juga kekayaan".
Sekian...Terima Kasih.....
Sama-samalah kita renungkan...walaupun cerita yang ku karang ini hanyalah rekaan semata-mata dan berinspirasikan dari kisah yang pernah ku baca,namun cerita ini tetap boleh kita jadikan pengajaran dan ikitibar dalam melayari kehidupan seharian kita..InsyaAllah
0 comments:
Post a Comment